Wednesday, October 07, 2015

Ditipu Rakan Kongsi, Fizo Omar Berhutang RM8 Juta!


Akibat terlalu percayakan rakan kongsi di awal penglibatannya dalam dunia perniagaan, Fizo Omar pernah ditipu dan dia akhirnya berhutang sebanyak RM8 juta namun itu bukanlah pengakhiran kepada kehidupannya.

Fizo Omar

“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank.

"Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya.

“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi.

"Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menghadiri program motivasi dan sentiasa berpegang kepada konsep sentiasa memberi, Fizo sangat bersyukur kerana perkara tersebut kini mengajar dirinya untuk keluar daripada keadaan selesa selain tidak sanggup melihat ibunya hidup susah.

Malah dalam masa yang sama ia turut memberi pengajaran kepada Fizo untuk lebih berhati-hati dan kini dia sendiri sudah kembali bangkit dan sudah berjaya membeli kediaman idaman di Country Heights Kajang dan kereta impian.

Walaupun kini kes tersebut masih di dalam siasatan pihak berkuasa, semoga Fizo sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan dan menjadi contoh kepada orang lain untuk tidak berputus asa dan berjaya.

BACA INI JUGA: Sumpahan Bintang-bintang Terkenal Disney

Sumber: Rotikaya

5 comments

  1. Semoga rezeki beliau bertambah..adatlaa bila kita percaya org..ada yg kaki tipu ..

    ReplyDelete
  2. 8 juta... banyaknyer... mcna blh x sedar kena tipu mcmtu sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya bila terlalu percayakan rakan sendiri..

      Delete
  3. belajar dari kesilapan satu pengalaman yang baik

    ReplyDelete
  4. Jangan mudah mempercayai orang lain.. Semoga fizo terus bangkit..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon