Thursday, October 01, 2015

Bendera Palestin Akhirnya Berkibar Di PBB


Buat julung kalinya dalam sejarah, bendera Palestin berkibar di pekarangan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dekat New York, Amerika Syarikat (AS).

PBB - Palestin Flag

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyempurnakan upacara menaikkan bendera itu pada Rabu (Khamis di Malaysia) dalam upacara penuh bersejarah yang disaksikan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman sebagai mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia turut hadir pada upacara penuh bersejarah itu yang berlangsung di Rose Garden, PBB.

Pihak Berkuasa Palestin memperoleh status pemerhati bukan anggota di PBB pada 2012. Sejak itu wakil Palestin berusaha menjadi anggota penuh namun rancangan tersebut sering ditolak kerajaan AS dan Israel.

Perhimpunan Agung pada 10 September bagaimanapun membenarkan Palestin mengibarkan bendera kebangsaannya di ibu pejabat dan pejabat-pejabat di PBB selepas meraih 119 undi, 8 menolak dan 45 berkecuali.

Mahmoud dilaporkan menyifatkan upacara menaikkan bendera tersebut sebagai simbolik kepada ‘saat harapan’.

Konflik Palestin-Israel telah berlarutan kira-kira enam dekad susulan pencerobohan dan kependudukan Israel di negara itu.

Lebih 70 resolusi telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam usaha menyelesaikan konflik itu sejak 1948 selepas badan dunia itu ditubuhkan pada 1945 tetapi masih tidak berjaya menamatkan konflik itu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pertempuran dilaporkan berlaku hampir setiap hari antara umat Islam Palestin dan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmaqdis. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Sejarah Palestin Yang Anda Tidak Tahu

PBB - Palestin Flag [2]

1 comment

  1. akhirnya.

    berkibar jugak.

    geram plak bila dengaq cerita macam-macam pasal orang kafir nih.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon