Sep 18, 2015

Video Detik Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat

Pihak polis mengesahkan penahanan seorang lelaki asing dipercayai warganegara India kerana bertindak menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim.

Video Detik Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat

Kejadian dramatik itu berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan insiden berkenaan menyebabkan sembahyang secara berjemaah tersebut juga terpaksa dihentikan ketika rakaat pertama.

Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad, lelaki itu dipercayai mencelah beberapa saf jemaah dan kemudian menolak beliau sebelum menampar Mohd. Zuhairee yang sedang memimpin solat.

“Saya menyangkakan Imam (Mohd. Zuhairee) mungkin ada tersangkut bacaannya. Secara tiba-tiba, lelaki tersebut muncul dari arah belakang dan terus menampar muka imam,” jelas beliau ketika ditemui pemberita.

Lelaki itu cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan dalam ‘loghat’ India, namun tersadung pada tripod kamera sebelum berjaya ditangkap jemaah yang berada di dalam masjid.

Dia seterusnya dibawa oleh beberapa orang jemaah lain dengan dibantu anggota pengawal keselamatan Masjid Negara ke sebuah pondok pengawal sementara mereka menunggu kedatangan kereta peronda polis.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian berlaku ketika di solat Jumaat baharu di rakaat pertama dan selesai imam membaca Al Fatihah tiba-tiba datang suspek dari saf belakang terus menampar imam.

Video Detik Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat [2]

Selain itu juga, lelaki asing berkenaan kemudian segera bertindak merampas pembesar suara disangkut di jubah imam dan dipercayai berkata “You go back!” (awak pergi ke belakang) secara berulang kali.

Tiada kecederaan yang serius dilaporkan terhadap Mohd. Zuhairee, 39 tahun; dan beliau kemudian dilihat kembali untuk memulakan semula sekali lagi solat Jumaat yang telah tergendala itu kira-kira pukul 1.40 petang.

Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok pengawal dan ada yang sempat merakam wajah lelaki terbabit yang dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta anggota polis trafik.

Anggota polis tiba di Masjid Negara sekitar pukul 2.10 petang sebelum membawa suspek tersebut yang disahkan berusia 31 tahun dan berasal dari wilayah Kashmir itu ke Balai Polis Tun HS Lee di sini untuk disoal siasat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah dalam satu kenyataan media mengesahkan kejadian tersebut, namun motif insiden berkenaan belum lagi diketahui setakat ini.

Mangsa telah pun membuat laporan polis kira-kira pukul 3.14 petang Jumaat dan suspek kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Bagaimana Mengenal Penganut Syiah?



Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

macam2 kan..rupanya tak siuman tu SP

Inilah akibatnya apabila warga asing seperti ini bersifat KADUK NAIK JUNJUNG.
naik lemak,naik tocang, dan boleh jd juga betul dia tidak siuman.dan boleh jd jgk dia berpura pura kononnya mendngar suara ghaib menyuruhnya menjadi imam utk melepaskan diri.kerana ada akta dibwh undang undang ketidak siuman mental atau gila walaupun membunuh ianya dikira bkn dalam keadaan sedar...dan mrk trlepas....
apapun yg dia lakukan, penyiasatan terperinci dan ketegasan undang undang negara harus diperketatkan kpd bangsa asing yg bersifat kaduk naik junjung begini.
Dalam soal penyiasatan membabitkan undang undang , harus lebih dalam dan efisyen dlm menentukan hukuman setimpal kpd lelaki warga asing ini.
Pertama, undang undang melibatkan sensitiviti keagamaan dan undang undang jenayah harus diberikan kpd lelaki ini agar menjadi pengajaran bkn shj warga asing malah siapa shj warga tempatan sekalipun....
perbuatannya mendatangkan kemarahan seluruh bangsa melayu warganegara malaysia khususnya org org islam di malaysia krn ini adalah perkara pertama kali dlm sejarah keagamaan org islam dimlysia.... Di tonton dan disaksikan oleh penganut dan bangsa lain di mlysia.bahkan dunia ...bknkah ini memalukan agama kita dan difhmkan lelaki ini jga islam..klu tdk perlu apa dia kemasjid? Atau mmg dia ada agenda terancang krn musuh islam boleh jd berada di mana shj ...seperti syiah atau i.s!!! penelitian pihak berkuasa amat amat dihrpkan agar setimpal hukuman kpd warga asing ini.

Kpd seluruh rakyat malaysia beragama islam .. inilah saatnya kita buka mata kpd tindak tanduk warga asing yg berada di negara kita krn sifat mrk yg kdg spt raja dan sultan atau lebih ringkas dan tepatnya si kaduk naik junjung.....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon