Saturday, September 05, 2015

Senarai Filem Wajib Tonton September 2015!


Bulan September ini boleh dikatakan agak padat dengan filem-filem menarik. Selain dari filem-filem antarabangsa, bulan ini juga akan menyaksikan beberapa filem-filem tempatan yang menarik ditayangkan pada setiap minggu sepanjang bulan ini.

Jadi berikut adalah filem-filem pilihan pada September ini.

The Transporter Refueled
Tarikh tayangan: 3 September

The Transporter Refueled

Selepas mengambil tugasan sebagai pemandu kepada tiga perompak wanita, ayah Frank Martin telah diculik oleh ketua penjenayah yang mana wangnya dirompak oleh perompak trio wanita itu.

Dia yang mempunyai masa selama 12 jam sahaja untuk mencari ayahnya sebelum mereka membunuhnya, Transporter memerlukan sedikit pertolongan dan mempertaruhkan skil memandunya.

Francais "Transporter" sebelum ini dibintangi oleh pelakon popular Jason Statham, namun untuk filem 'reboot' terbitan EuropaCorp dan China Fundamental Film, kali ini akan menampilkan pelakon Britain, Ed Skrein sebagai Frank Martin baru.

Ed sebelum ini dikenali menerusi wataknya sebagai Daario Naharis dalam musim ketiga "Games of Thrones" dan juga watak jahat dalam filem akan datang "Deadpool".

Pengarah filem "Brick Mansions", Camile Delamarre akan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah untuk filem terbaru ini.

No Escape
Tarikh tayangan: 3 September

No Escape

Jack Dwyer dan keluarganya telah berpindah ke sebuah negara di Asia Tenggara. Ketika mereka baru memulakan kehidupan baru di sana, insiden pembunuhan rakyat asing mula berlaku.

Apa yang pelik dan menarik mengenai filem ini adalah bintang utamanya iaitu Owen Wilson, yang mana anda pastinya tidak ingat bilakah kali terakhir anda menyaksikan filem lakonannya tanpa gelak ketawa.

Walaupun turut dibintangi oleh Pierce Brosnan, namun boleh dikatakan filem ini bergantung kepada lakonan Owen samada ia akan berjaya atau sebaliknya.

Selain itu, ini merupakan filem arahan John Erick Dowdle yang menelan belanja besar (lebih besar dari filem debutnya "Quarantine") yang mana memberikan "No Escape" sebagai filem 'underdog' yang boleh mengejutkan anda, atau gagal.

The Maze Runner: The Scorch Trials
Tarikh tayangan: 10 September

The Maze Runner: The Scorch Trials

Selepas berjaya keluar dari 'maze' dan ditahan oleh orang pihak berkuasa, Thomas dan rakan Glader-nya telah disoal siasat apa yang mereka tahu mengenai WCKD, iaitu organisasi yang menjalankan eksperimen terhadap mereka.

Apabila Thomas merasakan sesuatu tidak kena dengan pihak tersebut, dia merancang untuk melarikan diri, tetapi adakah mereka mampu hidup di dunia luar?

"Maze Runner: The Scorch Trials" adalah filem kedua yang diangkat dari novel. Mereka yang menyangka sudah selamat selepas berjaya keluar dari 'maze' bakal mengetahui mengapa mereka diletakkan di tempat itu pada mulanya.

Pengarah Wes Ball kembali untuk filem kedua ini, tetapi kali ini lakon layar oleh T.S Nowlin, yang mana dijangka akan turut mengangkat novel terakhir kepada dua bahagian.

Antara pelakon baru yang akan muncul dalam filem kedua ini termasuk Aidan Gillen sebagai Rat-Man.

Bravo 5
Tarikh tayangan: 10 September

Bravo 5

Pada tahun 1989, lima anggota dari Rejimen Gerak Khas telah ditugaskan untuk mengesan lokasi gerila komunis yang merancang untuk mengambil alih beberapa lokasi strategik di Semenanjung Malaysia.

Apabila set komunikasi mereka rosak dan tanpa bantuan, kelima-lima mereka terpaksa bertempur dengan 200 musuh.

Plot "Bravo 5" boleh dikatakan hampir sama dengan filem arahan Peter Berg "Lone Survivor", filem ini sepatutnya ditayangkan pada tahun 2013, namun akibat beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak produksi, maka ia telah ditangguh dan akhirnya akan ditayangkan pada tahun ini.

Filem ini menjalani penggambaran di beberapa lokasi termasuk Kuala Lumpur, Perak, Melaka dan Johor. "Bravo 5" mendapat sokongan penuh dari Angkatan Tentera Malaysia yang mana Mejar Zainal Hayat sebagai penulis skrip dengan askar sebenar yang melakukan segala aksi lagak ngeri, selain pelakon lagak ngeri tambahan dari Singapura.

Lima watak utama dalam filem ini dibawa oleh Beto Kusairy, Remy Ishak, Sashi Tharan, Xavier Fong dan Frank Peterson, yang mana mereka telah menajalani latihan komando selama dua minggu untuk membawa watak dalam filem ini. Selain itu, Sofi Jikan turut membintangi "Bravo 5" sebagai ketua komunis.

Kapsul
Tarikh tayangan: 17 September

Kapsul

Apabila Zohri mendapati dan mencuri kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia telah dihantar ke masa lampau untuk merasai beberapa kejadian bersejarah yang membawa kepada kemerdekaan.

Pada mulanya filem ini dijadualkan ditayangkan pada tahun 2020. "Kapsul" ditulis dan diarahkan oleh Allahyarham Martias Ali.

Faizal Hussein pula membawa watak utama dalam filem ini, namun yang paling menarik adalah kemunculan Tun M dalam lima babak berdialog dengan watak utama.

Pada mulanya Tun M menolak tawaran untuk muncul dalam filem ini, namun selepas pegawai khasnya meneliti draft skrip, Tun M mengubah fikiran dan bersetuju untuk muncul dalam "Kapsul".

Menurut penerbit filem ini, dia percaya penampilan Tun M dalam filem ini akan memberi impak besar kepada penonton.

A Tale of Three Cities
Tarikh tayangan: 17 September

A Tale of Three Cities

Berlatar belakang pada Perang Dunia II, bekas pengintip Nationalist Party dan janda pengedar candu telah jatuh cinta dan dipaksa meninggalkan keluarga mereka di China dengan melarikan diri ke Hong Kong di mana mereka kemudian mempunyai anak bersama.

Dinamakan bersempena nama bandar Wu Hi, Shanghai dan Hong Kong, "A Tale of Three Cities" mungkin filem pilihan bagi peminat filem cinta epik.

Pengarah Mabel Chung kembali duduk di bangku pengarah selepas kali terakhir muncul dengan filem "Beijing Rocks" pada tahun 2001, dan dokumentari "Traces of a Dragon" (2003) yang mana mengisahkan tentang keluarga bintang Hong Kong, Jackie Chan.

"A Tale of Three Cities" sebenarnya diangkat dari kisah ibu bapa pengarah iaitu Charles Chan dan Lee-Lee Chan. Ia dibintangi oleh pemenang anugerah Lau Ching Wan dan Tang Wei sebagai peneraju.

Sicario
Tarikh tayangan: 17 September

Sicario

Untuk menewaskan sebuah organisasi dadah, ejen khas FBI Kate Macy telah ditugaskan oleh kerajaan untuk ke sempadan Mexico dan bekerja dengan pasukan tugasan khas yang ditubuhkan untuk menjejaki ketua dadah.

Jika anda pernah menonton filem "Prisoners" ataupun "Enemy" pastinya anda suka dengan filem terbaru arahan Denis Villeneuve "Sicario".

Jika anda tidak pernah mendengar nama pengarah ini, jangan risau kerana barisan pelakon "Sicario" yang diterajui oleh Emily Blunt sebagai ejen FBI dan Benicio del Toro sebagai sicario (bermaksud pembunuh upahan dalam Bahasa Sepanyol), dan Josh Brolin pastinya akan membuatkan anda mahu menonton filem ini.

Selain mempunyai jalan cerita yang kuat, penonton juga akan disajikan dengan senimatografi yang menarik dari Roger Deakins.

The Visit
Tarikh tayangan: 17 September

The Visit

Ketika ibu mereka pergi melancong, Rebecca dan Tyler Jamison telah dihantar untuk tinggal bersama datuk dan nenek mereka.

Kedua-dua mereka ini perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kedua-dua datuk dan nenek mereka iaitu jangan keluar dari bilik selepas pukul 9.30 malam.

Apabila perasaan ingin tahu kedua-dua beradik ini membuak, mereka mula menyedari perangai pelik datuk dan nenek mereka dan merayu ibu mereka supaya pulang mengambil mereka sebelum terlambat.

Setelah gagal dan menimbulkan rasa kurang yakin penonton, nama M. Night Shymalan masih lagi belum mampu memberi keyakinan seperti dua filemnya sebelum ini iaitu "The Sixth Sense" dan "Unbreakable".

Mungkin dia sudah hilang sentuhannya terhadap filem blockbuster bajet besar, yang mana ini mungkin sebagai petanda untuknya kembali kepada filem berbajet kecil.

Walaupun filem terbarunya kali ini menampilkan pelakon-pelakon tidak ternama, namun jika ditonton treler filem ini dilihat mampu menaikkan semula nama Shyamalan.

Pawn Sacrifice
Tarikh tayangan: 17 September

Pawn Sacrifice

Berlatar belakang ketika Perang Dingin, pemain catur Bobby Fischer telah mencabar juara bertahan Boris Spasky yang bukan sahaja menentukan kehebatan dua minda, tetapi negara.

Ketika tekanan semakin memuncak untuk Bobby menewaskan Boris, fikirannya berada dalam keadaan bahaya sehingga membuatnya menjadi tidak keruan.

Berdasarkan sejarah perlawanan catur pada 1972 di antara dua pemain catur lagenda, "Pawn Sacrifice" yang dibintangi oleh Tobey McGuire sebagai Booby Fischer yang mempunyai sisi lain yang boleh membuatnya menjadi seorang yang genius dan juga tidak keruan.

Filem ini pastinya akan menarik peminat-peminat permainan catur terutamanya bagi mereka yang pernah menonton filem dokumentari "Bobby Fischer Against the World".

Polis Evo
Tarikh tayangan: 17 September

Polis Evo

Inspektor Khai dari unit Narkotik Kuala Lumpur telah ditukar ke Terengganu di mana dadah syabu jenis baru ditemui.

Untuk menumpaskan pengedaran, Khai terpaksa bekerja dengan polis tempatan Inspektor Sani. Sementara Khai yang suka untuk cepat mengambil tindakan, Sani pula lebih suka mengikut prosedur membuatkan mereka tidak bersependapat. Namun mereka kemudian terpaksa bekerjasama bagi menyelesaikan kes tersebut.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2.4 juta, "Polis Evo" adalah sebuah filem padat dengan aksi dengan elemen komedi dikurangkan walaupun dibintangi oleh pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak bergandingan dengan Shaheizy Sam.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, filem ini pastinya akan menjanjikan kepuasan kepada penonton. Selain itu, filem ini juga merupakan antara filem terakhir Allahyarham Harun Salim Bachik.

The Green Inferno
Tarikh tayangan: 24 September

The Green Inferno

Apabila kapal terbang yang membawa sekumpulan pelajar terhempas di Amazon, mereka telah diselamatkan oleh puak asli, namun nasib mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.

Nama Eli Roth pastinya akan membuatkan anda terkenang dengan filem-filem arahanya seperti "Cabin Fever" dan "Hostel".

Kami tidak menyarankan kepada penonton yang tidak berani untuk menonton filem ini, tetapi bagi peminat filem seperti ini, pastinya mereka akan menerima cabaran untuk menonton "The Green Inferno".

Everest
Tarikh tayangan: 24 September

Everest

Dua pendaki telah mendaki Gunung Everest pada 10 May 1996 telah terperangkap dalam ribut salji. Terpaksa bergelut dengan suhu dan halangan serta pergerakan fizikal yang terhad, pendakian kedua-dua pendaki ini direkodkan sebagai pendakian paling berbahaya di Gunung Everest.

Berdasarkan kejadian malapetaka di Gunung Everest pada tahun 1996 yang mana terdapat banyak buku yang diterbitkan oleh mereka yang terselamat, kami tidak menyangka bahawa pengarah Baltasar Kormakur menghasilkan filem dari mata seorang pendaki.

Tetapi dengan barisan pelakon hebat seperti Jake Gyllenhaal, Josh Brolin, Jason Clarke dan Sam Worthington sebagai pendaki dengan Keira Knightley sebagai orang tersayang yang menunggu kepulangan mereka, filem ini mesti wajib tonton.

Hotel Transylvania 2
Tarikh tayangan: 24 September

Hotel Transylvania 2

Hotel Transylvania kini dibuka untuk manusia dan juga makhluk raksasa, dan Count Dracula telah menjadi datuk apabila anak perempuanya melahirkan anak separuh manusia dan separuh pontianak.

Apabila pasangan itu pergi bertemu dengan keluarga mertua mereka, Dracula meminta bantuan rakan-rakannya untuk mengajar cucunya, Denis untuk menguasai kuasa pontianaknya. Kemudian bapa Dracula, Vlad telah pulang ke hotel dan terkejut dengan kehadiran manusia dan cicitnya.

"Hotel Transylvania 2" mungkin tidak akan bermain dengan emosi kita seperti filem "Inside Out", tetapi jika anda mencari filem untuk bergelak ketawa, ia adalah filem yang paling sesuai.

Adam Sandler kembali menyumbang suara sebagai Count Dracula bersama Steve Buscemi, Kevin James dan David Spade. Selain itu Mel Brooks turut akan menyumbang suara sebagai Vlad.

Jwanita
Tarikh tayangan: 24 September

Jwanita

Trauma akibat didera secara mental dan fizikal oleh ibu bapa angkat, Jwanita telah membunuh mereka dan sempat mempelajari ilmu hitam daripada ibu bapa angkatnya.

Apabila hidupnya mula berubah apabila bertemu dengan Dr. Farhan, Jwanita mendapati bahawa Farhan adalah tunang kepada adik kandungnya Julaika. Farhan dan Julaika keliru apabila Jwanita tidak hadir pada majlis perkahwinan mereka, tetapi Jwanita kemudian kembali dengan dendam.

Walaupun filem ini ditangguh selama tiga tahun, dan sebanyak 30 peratus dari babak dipotong, kami berasa lega apabila filem arahan Osman Ali ini akhirnya akan ditayangkan di pawagam yang mana boleh dikatakan filem hampir sama dengan filem "Dukun" yang diharamkan tayangannya.

Anda mungkin sudah menonton lakonan Maya Karin sebagai isteri pendendam dalam "Nota", tetapi kali ini anda akan menyaksikan Maya Karin bertukar menjadi seorang wanita psiko.

Selain itu, Bront Palarae, Cristina Suzanne dan Marsha Milan turut membintangi filem ini.

Cooties
Tarikh tayangan: 24 September

Cooties

Apabila virus tidak diketahui mula menular dan menyebabkan kanak-kanak di sekolah rendah menjadi ganas, guru pengganti Clint Hadson dan rakan guru lain telah terperangkap dan cuba mencari jalan keluar dari sekolah dengan selamat.

Jika terdapat genre yang perlu diberi nafas baru, ia semestinya genre zombi dan kami berasakan ia akan menjadi trend pada masa akan datang, bermula dengan "Cooties".

Filem debut pengarah bersama Jonathan Milott dan Cary Murnion mungkin tidak sempurna, dengan Elijah Wood merupakan satu-satu pelakon yang dikenali, tetapi kami sememangnya ternanti-nanti untuk filem ini.

BACA INI JUGA: 5 Pelakon Wanita Terima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Cinema.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon