Thursday, September 17, 2015

Salahkan Media Sosial? Adakah Najib Tidak Sesuai Untuk Era Kini?


Dalam tulisan terbaru blog Najibrazak.com yang mengulas tentang Persidangan Perwakilan Umno Pekan, ada beberapa point menarik untuk diulas.

Najib+Bohong

Dulu tidak ada senjata untuk mencerca, fitnah dan mengaibkan pemimpin mahupun ada juga cubaan jatuhkan pemimpin. Kalau ada pun, mereka hanya gunakan surat layang dan cara lain.

Hari ini, media sosial hanya di hujung jari untuk kita menyatakan sesuatu yang benar, atau menabur fitnah. 

Kita berdepan dengan satu suasana baru yang mana media sosial digunakan untuk menyebarkan kebencian kepada pemimpin sehinggakan budi pemimpin tidak bermakna.

Inilah mainan yang berlaku sekarang dan kebetulan pula ia berlaku pada masa saya sebagai pemimpin parti.

Kalau orang nak hancurkan parti, mestilah serang pemimpinnya. Kalau sudah hilang kepercayaan pada pemimpin, maka mudahlah parti itu tumbang pada bila-bila masa.

Dalam politik, bagi menjatuhkan seseorang pemimpin, akan ada pelbagai konspirasi dalam dan luar negara kerana ini semua nak menjatuhkan UMNO sebagai parti yang menunjangi kepimpinan dan pentadbiran negara.

Najib menyalahkan medium media sosial kepada kemelut politik yang beliau dan Umno hadapi ketika ini.

Hujah sebegini sudah biasa kita dengar dari pro Najib dalam komen-komen dimerata blog sebelum ini cuma Najib saja yang baru mahu menggunakannya.

Pendek kata, sentiasa mencari alasan lain selain dari diri sendiri!

Panjang kata pula, media sosial adalah sebahagian dari arus pembangunan. Kita perlu mengikut arus pembangunan dan mengadaptasikan diri dan cara kita sesuai dengan arus itu.

Lainlah kalau cara pemikiran dan cara kita bertindak itu kekal tidak berubah (stagnant) sementara di sekeliling kita semuanya bertambah moden, barulah kita boleh salahkan teknologi. Barulah kita boleh buat perbandingan cara dulu lain dengan cara sekarang sebagai jalan keluar dari masalah kita.

Setiap pemimpin ada caranya yang sesuai dengan zamannya. Zaman Tun Mahathir tidak sama dengan zaman Tunku Abdul Rahman. Jika cara Tun Mahathir masih mengekalkan cara Tunku Abdul Rahman dalam era 80an dan 90an, pasti banyak juga masalah ketika itu.

Samalah juga, cara Najib juga harus sesuai dengan masa kini. Jangan salahkan teknologi atau arus pembangunan!

Tun Mahathir kalau diberi peluang memerintah pada masa kini, sudah pasti caranya juga berbeza kalau nak dibandingkan sewaktu beliau jadi PM dulu. Cara Tun Mahathir juga pasti sudah berubah sesuai dengan peredaran masa. Itu namanya Adaptasi.

Kita semua boleh lihat bagaimana cara Tun mengaplikasikan media sosial untuk terus memperjuangkan agenda agama, bangsa dan tanahair. Zaman 80an dan 90an tidak ada media sosial, tapi adakah Tun Mahathir ketinggalan kini?

Tidak! Tun ikut sama arus pembangunan.

Mahathir-Najib

Dalam konteks isu semasa, Tun Mahathir akan punya caranya pula dalam menangani penyebaran maklumat tanpa had ini.

Kita tidak boleh semudah itu mengambil cara lama Tun dan letakkan cara lama itu dalam situasi sekarang. Sebab cara Tun tidak akan sama dulu dan sekarang. Tun akan punya cara lain yang sesuai dengan zaman kini termasuk dalam berdepan kemunculan media sosial.

Jadi bila Najib menyalahkan medium media sosial sebagai punca kemelut yang dihadapinya, ia seperti mengaku caranya memerintah tidak sesuai untuk masa kini!

Jadi letaklah jawatan dan lantik orang lain yang lebih maju dan advanced pemikirannya sesuai dengan teknologi yang ada.

Keduanya, yang ini tidak berubah ikut masa iaitu ungkapan Berani Kerana Benar. Yang membiarkan segala isu peribadi Najib menjadi viral dimedia sosial adalah kerana Najib sendiri yang takut untuk ke depan menjawab segala persoalan yang dilontarkan.

Segala persoalan dibiarkan tanpa jawapan. Elegant silence lah konon. Lepas tu nak salahkan rakyat yang terus berspekulasi.

Alasan yang diberikan pro Najib adalah, kalau Najib jawab pun bukannya kita nak terima. Masalahnya jawab pun tidak! Cuba jawab dulu...

Ketiganya, selepas elegant silence itu dipecahkan melalui jawapan-jawapan oleh pihak lain, kenapa rakyat terus juga bergossip? Sebab jawapan-jawapan yang diberikan tidak menjawab dengan tepat segala persoalan!

Malangnya rakyat pula yang disalahkan kerana tidak dapat menerima jawapan yang diberikan. Balik kepada no2 di atas. Kerajaan jangan anggap rakyat bodoh untuk menerima apa saja jawapan termasuk jawapan yang memperbodohkan sesiapa yang sanggup telan begitu saja.

Jawapan kena tepat. Sebarang persoalan yang timbul susulan jawapan, harus juga dijawab dengan baik, bukannya dimarahi!

Barulah tepat sebagaimana yang dicanangkan oleh Najib sewaktu mula jadi PM dulu bahawa, Era kerajaan lebih tahu/lebih pandai/betul segala-galanya, telah berakhir..

Lihatlah keadaan sekarang, bukannya era itu sudah berakhir atau bergerak ke arah itu, malah semakin teruk!

Najib+Duit+Rakyat

Rakyat sekarang dipaksa terima bahawa segala-galanya tentang Najib, Rosmah dan tindakan pemimpin-pemimpin Umno semuanya betul dan tidak boleh dipertikai langsung.

Kalau Najib pilih untuk berdiam diri tanpa menjawab sebarang dakwaan pun, itu pun rakyat kena anggap Najib betul dan segala dakwaan itu sebagai fitnah.

Kalau orang nak hancurkan parti, mestilah serang pemimpinnya.

Takkan nak serang orang gaji dia, drebar dia, kucing dia... hadooooilah, dah namanya PEMIMPIN, memanglah kena serang! Dari zaman batu lagi orang akan target pemimpin terlebih dahulu. Itu memang SOPnya sedari azali.

Bila tidak ada pemimpin, tidak adalah orang yang memimpin. Maka bercelarulah askar-askar. Kecuali ada orang lain yang mengambil alih kepimpinan itu.

Apakah Umno sudah ketandusan pemimpin? Cakap Najib seolah-olah dia satu orang saja yang layak untuk memimpin Umno!

Makanya setiap pemimpin itu harus menjaga dirinya supaya tidak mudah diserang. Jangan buat peel tak senonoh yang mudah dieksploit oleh musuh.

Jika terima duit derma bagi pihak parti, kenalah berhati-hati supaya perkara itu tidak dijadikan isu kalau diketahui umum.

Pemimpin juga kena pastikan keluarganya tidak menjalani kehidupan mewah melangkaui pendapatannya sebab sebagai pemimpin, hidupnya menjadi perhatian umum. Kalau mahu kekalkan privasi, jangan jadi pemimpin!

Nanti bila masalah bertimpa-timpa, mulalah muka pun hilang seri..

Najib+Masam+Muka

Memimpin kerana amanat dari Allah, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Pemimpin yang bersalut dengan kemungkaran dan peel yang tak senonoh bukan saja mencipta musuh baru tapi juga mencambahkan ketidakpuasan hati penyokongnya sendiri. Bukan sebab dengki tapi sebab takut pemimpin itu bakal menjadi liabiliti kepada parti.

Kalau pemimpin itu sendiri tidak pandai menjaga dirinya, bagaimana hendak diharap untuk menjaga parti, bangsa dan negara!

Kita mahukan pemimpin yang boleh memimpin BUKANNYA pemimpin yang harus dipimpin.

Sekali lagi pendek kata, Jika kita sendiri benar, tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Bila kita sendiri kuat, kita tidak perlu bergantung kepada kelemahan lawan sebagai sumber kekuatan kita.

Duluuuu... contohnya zaman Tun Mahathir, apakah pihak Umno sibuk menyerang dan mencari kesalahan pihak lawan? Tidak perlu, sebab waktu itu Umno kuat. Sekarang?

Banyak masalah yang panas ketika ini adalah berpunca dari Najib. Cuba fikir, kalau buang Najib, pastinya terbuka luas ruang untuk bernafas kepada Umno, kan?

BACA INI JUGA: MT UMNO, Sepatutnya Agenda Buang Pemimpin Penakut!

Sumber: Dinturtle

3 comments

  1. Dunia politik....penuh dengan tanda tanya..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia yang sengaja mengelirukan orang lain. Sebab tu namanya politik hehe

      Delete
  2. skrg pemimpin xleh nak kelentong sangat.. lambat laun terbongkar juga....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon