Wednesday, September 09, 2015

Penemuan Misteri Kubur Balang Berusia 2800 Tahun!


Dengan menggunakan sapu tangan, beberapa arkeologi berusaha membongkar rahsia sebuah kerajaan purba.

Misteri Kubur Balang

Sejarawan percaya mereka menemui pusara berusia lebih 2,800 tahun yang tertimbus di Van, timur Turki.

Pusara berbentuk balang besar itu mungkin dibuat dari seramik, dipercayai berasal dari Kerajaan Uratu yang memerintah negara berkenaan dari pertengahan abad kesembilan sebelum Masihi sehingga ia ditumpaskan tentera kerajaan Medes.

Vans menjadi ibu negeri Kerajaan Uratu sehingga ia jatuh pada awal abad keenam Sebelum Masihi.

Sepasukan 50 arkeologi dari beberapa universiti kini mengambil bahagian dalam penggalian tahunan di Kubu Van dalam usaha membongkar khazanah yang mungkin tertanam selama ribuan tahun.

Pasukan itu kini memberi tumpuan terhadap kerja di bahagian atas kubu, tempat terletaknya sebuah istana. -Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Lampu Yang Menyala Sejak 1500 Tahun Dahulu

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon