Monday, September 07, 2015

Penangan Bersuamikan ‘Ustaz Kasanova’ 13 Isteri!


Tanyalah mana-mana pasangan di dunia ini, tiada siapa yang meminta untuk diceraikan lebih-lebih lagi setelah dikurniakan cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang.

Ustaz+Kasanova
Gambar acebook Nur Atika Mohd Haris.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Nur Atika Mohd Haris akur bahawa jodohnya dengan seorang lelaki yang dikatakan ‘Ustaz Kasanova’ akhirnya berakhir di tengah jalan.

Menerusi halaman Facebook beliau menceritakan pengalamannya sepanjang mengenali ustaz berhidung belang terbabit di mana kisah mengenai pasangan ini pernah menjadi isu sensasi pada tahun 2012.

Ikuti kisahnya, diharap wanita lain berwaspada supaya tidak terperangkap dalam situasi yang sama.

“Macam mana akak kenal Razis? Kalau ustazah pun boleh kena dgn Razis apatah lagi kami orang biasa ni.” Antara mesej yg saya terima. Banyak mesej lain berbunyi hal yg sama.

Saya pernah up tentang perkara ni di status saya pada 2012. Tapi tak terlalu dalam. Biasa-biase je. Ok lah, saya cerita…(setiap isteri lain ceritanya***saya bukan lg isterinya)

(Bagi yang tak nak mengikuti status ni blh scroll je. Tak perlu baca panjang berjela-jela)

Saya kenal razis pd tahun 2011. Permulaan perkenalan kerana dia ingin menerbitkan buku yang saya karang. Katanya, dia dah baca di blog saya dan berminat nak terbitkan.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya terima pelawaan tersebut. Jadi, kami berjumpa di sekolah saya untuk saya berikan soft copy novel saya. Tak lama selepas itu, razis dtg beritahu hasrat hatinya utk memperisterikan sy. Sy diam tak beri jawapan. Kemudian, dia bawa pula mak dia (bukan mak upahan, mmg mak kandung) pujuk sy.

Mak dia layan saya macam puteri. Kata mak dia, razis tak pernah cerita pd mak dia pasal perempuan dgn sungguh2. Tapi, mmg razis sungguh2 cerita pasal saya pd mak dia (mak mertua saya juga).

Tambah razis lg, dia mahu saya bimbing mak dia. Mungkin bila perempuan (mak dia) sesama perempuan (sy) maka dakwah lebih mudah.

Tapi, say masih tak beri jawapan.

Oh ya….sebelum tu, perlu saya beritahu yg saya sangat sibuk orangnya. Ke sana ke mari bersama sahabat baik sy ke majlis ilmu. Pagi hingga malam.

Jadi,razis kata tak manis perempuan tanpa mahram lelaki ke sana ke sini meskipun mencari ilmu. Ya…yg itu saya akui.

Saya sangat minat belajar pd saat tu. Sebab tu aktiviti saya penuh dengan menghadiri kelas2 agama. Dan razis cakap, jika saya menjadi isterinya, dia akan menemani saya ke majlis ilmu. Bahkan dia akan masukkan sy ke ipt utk menyambung pengajian sy.

Masa tu saya mula istikharah. Bg saya, permulaan perkenalan itu kita sudah seharusnya mbuat istikharah. Bukan bila dah ada perasaan syg.

Saya masih tak dapat jawapan. Dan sy tak rasa apa2. Hanya, hubungan sy dgn family razis sangat akrab. Lebih2 lagi dgn mak & adik perempuan razis. Sy beritahu kepada ummi. Ummi minta sy bawa razis jumpa ummi. Pertama kali razis dtg jumpa ummi, razis dah jd Imam di rumah kami. Sebab, kebetulan azan berkumandang. Satu yg sy puji adalah suaranya yg mmg baik dlm melantunkan ayat Quran. Sepanjang dia berborak dgn ummi, byk ayat2 Quran yg dia masukkan.

Kemudian, kami bertunang. Family dia semua datang. Hantaran sy & dia, dia yg keluarkan modal. Kira kami mmg tak buat apa2. Mak dia yg carikan cincin tunang utk sy. Seriously mcm org yg tak pernah ada menantu. Caring sgt mak dia pd sy. Masa tu, mcm org lain juga. Kita cuba check background bakal suami, “soal siasat” bakal mertua, family razis sgt memuji razis. Mereka cerita bersungguh-sungguh kealiman razis. Jadi, macam mana lagi kami nak siasat? Tak kan nak guna polis pula.

Pernikahan kami sepatutnya berlangsung sebulan selpas pertunangan. Tapi dipercepatkan sebab kata razis, jawatan sebagai Imam 1 di Singapor akan dilucutkan. Alasannya, imam 1 menikahkan org, jd imam 1 juga mesti adalah drpd org yg berkahwin. (Susah sy nk explain yg ni)

Ummi menolak dipercepatkan. Mak razis dtg ke rumah sy memujuk ummi. Katanya, nak sangat sy menjadi menantunya. Tak cukup dengan itu, razis meminta orang masjid memujuk ummi (kebetulan dia sudah diterima oleh org masjid). Katanya, sesiapa sahaja yg menolong perkahwinan dia & sy, maka dia akan bawa pergi umrah. Maka berduyun-duyun org datang rumah utk pujuk ummi.

Sy masih terus beristikharah…

Akhirnya, ummi terima sebab razis & familynya sangat-sangat menunjukkan kesungguhan mereka. Pernikahan sy juga dihadiri family razis. Semuanya ditanggung razis. Dari kenduri, membeli gelang emas hadiah pernikahan, hantaran dan semuanya.
Maka, jadilah sy isterinya.

Selepas itu,sy selalu mengikutinya ke majlis2 ilmu yg dia sendiri beri tazkirah.
Saya selalu mengutip derma di jemaah perempuan. Katanya utk Tahfiz, anak yatim dan lain2.Semuanya baik berjalan lancar.

Tapi, razis sangat perahsia. Kalau masuk tandas, handphone dia bawa sekali. Pada handphone nya siap ada password. Tapi, masa tu sy diam je. Takut jd isteri nusyuz. Taat je perintahnya.

Hinggalah 1 hari, sy mengikutinya ke kuliah subuh di sebuah masjid. Kepala sy sangat pening masa tu. Di kegelapan subuh, razis buka torchlight handphone dia sbg penerang utk dia betulkan serban dia.

Saya kata nak rehat di kereta sahaja. Sy tertidur. Bangun tiba2 dan melihat razis tiada. Kedengaran suara razis memberi ceramah di masjid. Sy nak sambung tidur tapi tiba2 sy nampak cahaya dr torch light hp razis. Niat sy nak matikan shja supaya bateri hp tak membazir. Entah apa yg sy tekan, tiba2 terbuka mesej masuk razis. Membaca ayat2 manja dlm peti masuk tersebut menjadikan sy bertambah pening dan lemah.

Menguatkan semangat untuk call no dalam inbox tersebut. Kedengaran suara seorang perempuan dgn suara manja. Sy xkuat masa tu jadi pengsan sekejap.

Sedar2 razis di sebelah sy. Sy tanya siapa perempuan tu dan kemudian razis kata, wanita tu adalah bekas isterinya. Sy sgt terkejut. Bekas isteri? Tapi, sy maafkan juga razis masa tu. Sy slalu contact wanita tu tnya khabr dia (kak su).

Nak dijadikan cerita, selepas tu sy kenal pula dgn wife razis yg lain. Macam nak kiamat dunia ni sy rasa. Wife yg ni beritahu perangai sebenar razis. Segala bukti ditunjukkan pd sy. Ketika tu sy sedang mengandungkan AdaSha.

Barulah saya tahu penipuan razis dan kak su. Sy minta tolong pd mak razis. Boleh pula mak dia ckp yg tak nak masuk campur hal rumah tangga sy. Padahal, dia yg nak sangat sy jd menantunya. Saya minta petunjuk Allah. Makin banyak penipuan razis di tunjukkan di hadapan mata saya.

Sy tak mampu utk kuat dlm perkahwinan tersebut maka sy minta razis lepaskan sy.

”aku tak kan lepaskan kau hingga bila2.” Jawab razis. Rasa lemah teramat.

Maka, sy pergi ke mahkamah dgn menaiki motorsikal. Semangat anak dalam perut menguatkan sy. Sy mohon fasakh.

Dalam tempoh fasakh, sy fikir yg sy tak mungkin berdiam diri melihat razis terus melakukan tipu dayanya. Tapi, sy tak boleh buat apa. Hanya petunjuk dr Allah sy minta.

11 ogos 2012 sy selamat melahirkan kembar sy yg di beri nama rabiatul adawiyah & aisyah humaira.

Saat tu saya sedar dalam umur sy 22 tahun sy perlu menjadi ibu dan ayah kpd kembar sy. Nurse di hospital asyik bertanya di mana ayah si kembar? Sy hanya jawab dia bekerja. Ummi lah yg mengiqamahkan AdaSha. Seriously sy sgt sebak masa tu.

Rupa-rupanya, saat sy bertarung nyawa melahirkan AdaSha, razis sdg duduk dengan bahagianya di pelamin dgn isteri barunya (kesian isteri yg ni juga)

Sy terus berdoa, minta petunjuk Allah. Dan pd 2012 viral terjadi dgn sendirinya. Bagaimana? Apabila wife yg terbaru pd masa tu terjumpa gambar nikah sy dgn razis. Sedangkan pada sijil nikah mereka, status razis adalah teruna.

Pendekkan cerita, viral sana sini…razis ditahan (yg video dlm u tube)

Sy ingatkan dia dah insaf. Rupa2nya…masih mencari mngsa baru hingga tahun ni.

Sy anggap, Allah pilih sy utk halang razis dr terus berlaku zalim. Allah pilih sy jd isterinya supaya sy tak mudah mengalah. Bila sy dh rasa apa yg dirasai oleh isteri razis sy jadi kuat. Hanya yg menjadi isteri razis tahu kisah sebenar-benarnya. Bila sy rasa penat dgn semua ni, sy akan bakar semangt sy dgn menghubungi wife2 dan zuriat razis. Allah bg sy rasa menjadi mangsanya. Sangat sakit. Sebab tu sy tak nak org lain juga rasa kesakitan itu.

Sy redha jalan cerita sy. Tapi, sy tak redha atas perbuatan razis. Sungguh sy tak redha.

Sy tak menyesal pernah menjadi salah seorang isterinya. Sy tahu, jalan cerita Allah itu tak seperti yg ada pada skrip drama di TV. Mungkin sebelum ni kita tak nampak hikmah Allah takdirkan begitu. Tapi, percayalah…sampai masa Allah akan tunjuk hikmah tersebut.

Ini kisah sy. Bagaimana dgn wife razis yg lain? Bagaimana pula dgn wife razis yg paling lama dgn razis. Sy dgr cerita mereka pun blh mengalir air mata. Apa yg sy rasa tak lah sehebat ujian yg Allah timpakan pd mereka. Sungguh, mereka insan terpilih.

Sama2 kita doakan razis mndapat Hidayah petunjuk.

*Edit*
Penambahn…masa hakim menjatuhkan fasakh atas sy. Sy tak tahu kenapa sy sgt gembira. Syukurnya hanya Allah yg tahu. Sebak sgt sampi menangis. Spontan sy sujud syukur masa tu juga. Malu sy di hadapan hakim, peguam dan org ramai masa tu dh hilang. Sy sendiri tak sedar sy sujud syukur.

Hingga hakim tanya, nampak sgt puan mmg nak sangat berpisah dgn mohd razis?

Sy jawab, saat nilah kemerdekaan utk sy. Sedangkan masa tu sy sedar yg sy perlu mengasuh anak kembar sy sendirian…tp entahlah…sy rasa sgt brsyukur dpt lepaskn diri dr dia. Terima kasih ya Allah.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal-usul Kasnova, Gelaran Buat Lelaki Buaya Darat?

Video Lelaki yang dikenali ‘Ustaz Kasanova’ di tahan di Kajang, Selangor.



Sumber: Facebook Nur Atika Mohd Haris

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon