Friday, September 11, 2015

PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Maklumat Palsu!


“Maklumat itu palsu! Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menawarkan sebarang diskaun saman trafik buat masa ini,” jelas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Diskaun+Saman+PDRM

Tawaran potongan diskaun bayaran kompaun hingga mencecah 70 peratus mula tersebar melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam dan ramai individu mempercayainya.

Malah maklumat palsu itu mendakwa kompaun yang mempunyai waran tangkap atau disenarai hitam turut mendapat potongan sehingga RM140.

Manakala saman yang tidak disenarai hitam bernilai RM100 sehingga RM300 turut didakwa mendapat diskaun saman serendah RM70 bermula 15 September ini.

Fuad menafikan pihak PDRM menawarkan tawaran diskaun saman dan menasihati orang ramai berhati-hati dengan individu yang cuba mengambil kesempatan ini.

BACA INI JUGA: Saman Hanya Notis, Berhenti Ugut Pesalah Trafik, Banteras Rasuah!

Sumber: Hmetro.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon