Tuesday, September 08, 2015

MT UMNO, Sepatutnya Agenda Buang Pemimpin Penakut!


Orang politik ni suka beri kenyataan yang bersifat umum. Jarang yang berani nak sebut direct, kepada siapa ditujukan mesej itu atau siapa yang dirujuk dalam kenyataan itu.

Mat+Maslan

Yalah, kalau isu sensitif, jalan paling selamat adalah secara umum. Kalau cakap direct karang, kena hentam pulak.

Jadi bila pemimpin guna pendekatan umum, terserahlah pada kita untuk menafsirnya ikut hala mana pun.

Contoh terbaru kenyataan dari Mat Maslan..

"Umno tidak boleh dihancurkan dari luar tapi Umno boleh hancur dari dalam, sebab itu kita kena kukuhkan Umno dengan penjelasan." TMI

Apakah Mat Maslan merujuk kepada mereka yang kritikal terhadap Najib dan menuntut Najib undur demi menyelamatkan survival Umno ATAU beliau merujuk kepada Najib(!) yang menjadi dalang utama masalah kronik yang dihadapi oleh Umno ketika ini?

Kedua-duanya adalah bersifat dalaman juga. Bagi yang bersifat terbuka dan mahu menilai hujah kedua-dua belah pihak, ada baiknya anda fikirkan siapakah yang menjadi masalah sebenarnya?

Orang yang mengkritik kelemahan atau orang yang dikritik tapi suka lari dari menjawab kritikan?

Ni satu lagi dari Zahid Hamidi yang mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengamalkan budaya 'burung unta'.

Kalau nak jadi burung, jadi burung betul, nak jadi unta jadi unta betul. Kalau ada masalah jangan disorokkan badan, jangan disorokkan kepala. Ini ada masalah musuh datang, sorok kepala kita - TMI 5/9.

Hmmmm.... rasanya kita semua tahu siapa yang suka menyorok kepala @ lari dari masalah, takut berdepan dengan soalan-soalan. Perumpamaan burung unta ini..

Burung unta

Jadi kepada MT Umno yang akan bermesyuarat esok, fikir-fikirkanlah nasihat kedua pemimpin Umno di atas.

Fikirkan nasib dan peluang Umno ketika berdepan PRU14 kelak jika Najib terus dipertahankan. Ambil kira segala perkembangan. Boleh menang ke?

Seperti komen saudara Abu Bakar di bawah, anda boleh saja menukar agenda yang telah diatur demi kelangsungan Umno.

Bukan saja ahli-ahli Umno akan berterima kasih, malah seluruh rakyat Malaysia akan memuji-muji tindakan anda jika anda membuat keputusan mengundurkan Najib!

Terselamatlah juga maruah Umno di mata rakyat. Itu bakal menjadi permulaan yang baik untuk proses mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Patutnya esok Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk memecat Najib dari UMNO, bukannya memecat Tan Sri Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO yang tak buat salah.

Dalam isu kemelut dalam UMNO, yang buat hal adalah Najib, apa kejadahnya kerana nak menyokong segala kesalahan Najib maka ramai pemimpin lain yang tak ada kena mengena dijadikan korban pula?

Kita tengoklah esok adakah majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO masih punya otak dan akal fikiran atau jenis manusia berotak lembu dan bodoh piang yang hanya menjadi penjilat yang lebih hina dari seekor lembu.

Kalau Najib dipecat kerana dia adalah punca segala masalah kepada UMNO, kepada Barisan Nasional, kepada kerajaan dan kepada negara ini selama ini, maka ahli UMNO jenis manusia berotak dan berakal fikiran.

Kalau majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak memecat Najib, tapi memecat pemimpin UMNO yang lain yang tak buat salah, maka Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu adalah golongan bodoh, kerana nak bela kesalahan, habis diainaya orang yang tak bersalah pula.

Kita lihatlah esok, siapa golongan yang berotak dan berakal fikiran dalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dan kita lihatlah juga siapakah Ahli Majlis Tertinggi yang berotak lembu, bodo piang yang menjadi barua belaan.

Walau apa pun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO esok perlu sedar bahawa keputusan dalam mesyuarat itu adalah keputusan melibatkan kelangsungan parti, kalau buat keputusan yang salah, maka koranglah pengkhianat parti.

Maka kepada ahli UMNO sekalian, kalau korang semua menyokong para pemimpin berotak lembu dan bodo piang, maka teruskanlah.

Kalau ahli UMNO yang nak pertahankan parti yang mempunyai pemikiran manusia yang berakal, tentu akan ada penentangan terhadap kepimpinan penyamun yang diketuai oleh Najib itu.

Ahli UMNO boleh pilih, nak menjadi manusia berakal dengan membela kebenaran atau nak jadi si bodoh hanya menjadi pak turut hinggakan benda salah di depan mata pun dia sokong kata betul juga.

Pilihlah apa yang ahli UMNO suka, kerana kepimpinan UMNO yang dikuasai oleh ketua penyamun Najib dan kuncu-kuncu sudah tidak pedulikan apa yang akan berlaku kepada parti, bagi mereka parti hanya untuk dipergunakan selagi mereka masih punya masa untuk merompak harta negara, tak tahulah kalau ahli UMNO rela diperbodohkan oleh Najib ketua penyamun dan kuncu-kuncunya.

Saya berharap tulisan saya ini diviralkan ke semua blog, semua facebook, e-mel atau dicetak dan disebarkan di seluruh negara untuk dijadikan pilihan oleh ahli-ahli UMNO yang selama ini kelihatan macam tunggul membiarkan apa sahaja yang dibuat oleh Najib tanpa sebarang tentangan dari mereka, kecuali adalah sebahagiannya yang lantang menentang Najib.

Sedarlah semua..

Ikhlas dari,
Abu Bakar

BACA INI JUGA: Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Sumber: Dinturtle

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon