Thursday, September 10, 2015

Luahan Sayu Adik Ariana Mohon Derma Demi Dana


Assalaamualaikum dan hi semua! Nama saya ialah Ariana. Saya berusia hampir 3 tahun. Saya mempunyai Hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE) dan ini bermaksud saya mempunyai kerosakan di bahagian sel dan saraf otak.

Ariana

Akibatnya, saya masih belum dapat melihat, bercakap, mahupun duduk dengan sendiri.

Saya juga memerlukan perhatian perubatan dan penjagaan sepanjang masa untuk memastikan saya berada dalam keadaan stabil, sihat dan baik.

Saya dan juga ibubapa saya tidak pernah berputus asa malah amat berharap bahawa saya mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya untuk melihat, bercakap sepatah dua, makan sendiri, berdiri dan juga berjalan langkah demi langkah.

Dengan kemajuan teknologi perubatan masa kini, saya mempunyai harapan dan peluang untuk pulih dan merasai kemampuan untuk kehidupan yang lebih baik.

Oleh itu, saya amat berharap untuk anda agar dapat menghulurkan bantuan/sumbangan kewangan kepada keluarga saya untuk membayar kos-kos perubatan, terapi dan teknologi stemcell yang amat tinggi.

Saya juga perlu berulang alik di antara Sabah, Kuala Lumpur dan Singapura untuk menjalani rawatan dan terapi saya.

Kami amat memerlukan bantuan/sumbangan kewangan dari anda bagi memberi saya peluang untuk pulih walaupun hanya 50% dari keadaan saya sekarang yang langsung tidak mampu berbuat apa apa.

Harapan untuk pulih ini hanya boleh berlaku dengan izin Allah S.W.T dan juga bantuan daripada anda semua.

Kami sekeluarga dengan rendah hati memohon dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua. Doa kan saya ya.

Ariana  [2]

I need your help/donation to fund my second chance to be normal.

Dear families, relatives, friends and also strangers.

Hi everyone! My name is Ariana. I am almost 3 years old now. I am a brain injured child who requires medical attention 24/7. I am still not able to see, talk or even sit down at this time.

However, my parents and I are not giving up and we are hoping to get me the ability to at least see, talk a few words, eat on my own, stand up to wear my clothes and walk a few steps if not a mile. All these would mean the world to me.

But, i am in dire need of your donations to support my medical needs, therapy and currently we are aiming to go for stemcell technology to help my brain tissue to minimise or heal the damage. Unfortunately, the cost is really high. I would also need to travel to and fro between Sabah, Kuala Lumpur and Singapore quite frequent.

Thus, we humbly request for your financial donation to give me a chance to at least progress from my current state to a little hope of independent living.

I hope to see and understand what the future holds for me like other children.

This can only happen with Allah blessings and your help/donations. We would like to thank everyone in advance for your kind heart and generosity. Only Allah can repay your kindness. Please support and give me a second chance.

Please also pray for me. Thank you.

Sarah @ Syra Binti Sadat (mother).

(Account no: 601370010015422) Alliance bank.

014-3761306 (for more information).

Sumber: RUJUK SINI (jika mahu membantu)

5 comments

  1. Orang Sabah kah ni..ada ayat ulang alik dari Sabah ke Kl ke Singapura..moga taba ibubapa dia kan

    ReplyDelete
  2. macam ada sebak sebak je kat dada ni... Allahuakbar... sayunya.... jom hulur tangan ringankan beban...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah SP sedihnya lah lihat wajah anak-anak ni .

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah... semoga dipermudahkan dan segera sembuh. Sama2 kita cuba membantu apa yg terdaya.

    p/s: Blog utama Bin Muhammad kini di www.dammahumnib.com. Semoga ukhuwah berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup lama menghilang, akhirnya BM kembali..:)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon