Wednesday, September 09, 2015

Kenapa Azwan Ali 'Banned' Semua Majlis Berprestij?


Tidak pernah lari daripada kontroversi ke mana saja kakinya melangkah, selebriti sensasi, Azwan Ali mengesahkan telah menolak semua jemputan untuk menghadiri mana-mana majlis berprestij sejak kembali daripada menunaikan umrah, beberapa bulan lalu.

Azwan Ali

Menurutnya, tindakan itu diambil setelah menyedari kehadirannya di majlis-majlis tersebut hanya diperalatkan oleh pihak penganjur.

“Selepas balik dari tunaikan umrah kali ke lapan, Azwan Ali tolak semua jemputan kerana tiga isu iaitu melibatkan restoran, Nabil dan kemalangan jalan raya. Kontroversi itu datang berterusan, jadi, mungkin itu signal dari Tuhan supaya saya ‘tone down’.

“Azwan Ali juga banned semua acara berprestij hiburan Malaysia. Kenapa? (kerana) Azwan Ali menyedari bahawa kehadirannya di majlis-majlis itu hanya diperalatkan.

“Selepas itu, saya melarikan diri daripada sebarang ‘spotlight’ atau kamera dan sehinggalah hari ini, akhirnya saya muncul kembali di Sinar Harian,” katanya kepada Sinar Online dalam satu temu bual khas, hari ini.

Dalam pada itu, pengacara yang sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi ini juga melahirkan kekecewaan apabila setelah 27 tahun dalam industri, dia hanya dijemput sebagai tetamu dalam mana-mana majlis anjuran stesen-stesen TV tertentu.

“Berpuluh-puluh program stesen TV, apa masalahnya sehingga saya hanya diundang sebagai tetamu?

“Saya tidak minta jadi pengacara. Sekurang-kurangnya saya diberi ruang sebagai penyampai anugerah ataupun segmen khas,” katanya.

Azwan juga mengakui setelah pulang menunaikan umrah kali ke lapan pada Julai lalu, dia telah menutup laman mikro Twitternya dan hanya menggunakan laman Instagram untuk berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Saya lebih tenang apabila tutup Twitter. Jika tidak, setiap hari saya tertekan dengan komen-komen negatif termasuk makian yang penuh di ‘timeline’ saya.

“Sekarang saya hanya guna Instagram untuk update apa-apa perkembangan dan aktiviti Azwan Ali,” katanya.

Ketika ditanya perkembangan terbaru mengenai dirinya, Azwan Ali akui masih bergiat aktif dengan persembahan bagi program-program tertutup serta telah berjinak dengan perniagaan online, rendang hasil resepi ibunya sendiri.

BACA INI JUGA: Inilah Punca Sebenar Kenapa Azwan Ali Kerap Cari Pasal

Sumber: Sinarharian.com.my

2 comments

  1. Muhasabah diri adalah lebih baik..umur pun dh lanjut..cari usaha lain seperri bisnes atau kerja belakang tabir.perbanyakkan ibadah dah berumur 40 ke atas,azwan dah lebih dkt dkt 50 dah .atau dah lebih 50..zaman dah berubah..zaman muda yg riang rancak ligat dah berlalu...
    Sy percaya, jika hidayah sdh dtg..bertaubat...beribadah..berubah lahir dan batin insyaallah semua org menerima dan memaafkan..itupun klu azwan berfikir kearah itu...umur tdk mengenal kematian.bersyukurlah krn masih bernafas kerana Allah swt masih menyayangi anda utk melihat perubahan atau terus menerus berkeadaan begitu sehingga dibenci ramai org..tkut takut smpai sudah arwah pun org masih bercerita tntang kejahatan perangai dan sifat...jdnya muhasabah lah..sekurang kurangnya jika berubah dan brtaubat..jika org masih bercakap,itu dosa antara org yg bercakap dgn Allah swt..yg pasti kedengaran...tapi dia dah berubah ke arah yg baik..dah beribadah kuat..dan bnyak kebaikan lagi yg akan org ingat dan cakap..
    kalau lah azwan ali membaca ini... Fikirkanlah sedalam dalamnya apa yg saya katakan ini.

    ReplyDelete
  2. Azwan Ali harus muhasabah diri,jaga hati,jaga mulut,InshaAllah Kehidupan Sementara di dunia ini akan baik-baik saja,jika hati tak boleh nak jaga susah macam tu,perbanyakkan berzikir juga boleh membuatkan kita menjaga bicara,.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon