Monday, September 07, 2015

Individu Hina Kematian Pegawai Trafik Wanita Ditahan!


Polis Kluang hari ini menahan seorang individu yang menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen di dalam catatan di laman Facebooknya.

Inspektor Margaret Tagum Goen

Leon anak Bahak,37, (baju merah) dibantu saudara dan rakan-rakan mengangkat keluar keranda isterinya Inspektor Margaret Tagum anak Goen, 32, dari rumah mayat Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Ahad.

Keranda mayat isterinya akan di bawa balik ke rumah mereka di Taman Sri Impian, Kluang untuk penghormatan kenalan dan kemudian akan bertolak ke KLIA, Ahad malam dibawa ke kampung halamannya di Bau Sarawak untuk disemadikan. -Foto BERNAMA

Tagum meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari semalam semasa dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang selepas dirempuh seorang Mat Rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.

Antara penghinaan yang dibuat individu berkenaan terhadap mendiang ialah “Mampus juga kau … setelah sekian lama menyusahkan orang.”

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitternya di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kluang atas kejayaan menahan suspek itu.

“Syabas JSJ@PDRM Kluang yang berjaya tangkap orang yang menghina mendiang Inspektor Margaret-Trafik Kluang,” katanya menerusi laman twitter rasminya semalam.

Mayat mendiang akan dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.25 pagi dan dijangka tiba di Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 11.15 pagi hari ini.

Mangsa sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital itu selepas dirempuh oleh seorang Mat Rempit pada pukul 2.40 pagi ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis.

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Ritual Kematian Paling Ngeri Diserata Dunia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon