Monday, September 07, 2015

Guru Besar Terjun Dari Bangunan Sekolah Di Sarawak!


Rasanya, inilah guru besar yang paling “cool” dan “sporting” sekali di Malaysia.

Guru Besar Terjun Dari Bangunan

Video yang dikongsikan di halaman Facebook ini sangat mencuit hati di mana seorang bekas guru besar di sebuah sekolah rendah bertindak terjun dari bangunan tingkat satu sekolah berkenaan.

Tindakannya itu bagi mengotakan janjinya terhadap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR).

Video yang berdurasi selama 3 minit 14 saat itu menunjukkan bekas guru besar itu memanjat bangunan tersebut dan 2 orang guru lelaki yang berada di situ juga turut membantunya.

Pelajar-pelajar juga kelihatan bersorak untuk memberikan sokongan kepada bekas guru besar ini.

Pada mulanya, bekas guru besar ini kelihatan sedikit cuak dan takut untuk terjun dari bangunan itu tetapi seorang guru memulakan terjunan dahulu.

Selepas yakin dengan keadaan di situ yang terkawal dan selamat, tiba giliran bekas guru besar itu melakukan aksi terjunan.

Video ini menarik perhatian ramai pengguna laman sosial dan dikatakan insiden ini berlaku di Sekolah Kebangsaan Batu Kitang, Kuching, Sarawak.

Video ini ditonton 33 ribu tontonan oleh pengguna Facebook dan sebanyak 400 perkongsian.

BACA INI JUGA: Menjadi Genius Selepas Di Belasah Samseng!



Sumber: Blogmazeer

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon