Wednesday, September 09, 2015

Firma Abu Dhabi Dakwa AS$1.4 bilion Wang 1MDB Hilang?


Satu lagi pendedahan terbaru dari Wall Street Journal, Malaysia's 1MDB Fund Scandal Spreads to U.A.E. Artikel ada diterjemah oleh TMI - Abu Dhabi dakwa AS$1.4 bilion daripada 1MDB hilang, lapor WSJ.

1MDB ABU DHABI

Sebuah dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi mendakwa bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada salah satu anak syarikatnya kini hilang, lapor The Wall Street Journal hari ini.

Ramai yang pening bila masuk bab 1MDB. Buat masa ni untuk mudah cerita, ingat tak gambarajah warna biru yang Arul siarkan bulan Jun baru-baru Ini.

Kemungkinan besar dana yang didakwa hilang itu adalah Deposit Aabar yang dibulatkan.

International Petroleum Investment Co (Ipic), sebuah syarikat pelaburan United Arab Emirates (UAE), menjamin AS$3.5 bilion itu dalam bentuk bon, yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012.

Sebagai balasan, Ipic mempunyai pilihan membeli 49% kepentingan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon itu.

Memetik draf laporan Ketua Audit Negara, WSJ mendedahkan dalam artikel atas talian itu, 1MDB membuat bayaran cagaran sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat Ipic.

Penyata kewangan yang disatukan Ipic bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang rujukan kepada penerimaan bayaran itu.

Memetik sumber, WSJ berkata baik Ipic ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu ke mana ia menghilang.

Amaun ditulis TMI sebagai RM6.02 bilion tapi itu kalau menggunakan kadar tukaran sekarang iaitu 4.3. Kalau didarab 3 (mengikut kadar dulu) ia bersamaan RM4.2 bilion.

IPIC’s consolidated financial statements, however, contain no reference to the receipt of the payment. Two people familiar with the matter said IPIC and Aabar never received the money. It isn’t clear what happened to the funds. 1MDB didn’t respond to requests for comment.

WSJ ada bertanya kepada 1MDB tapi tidak dilayan. Kenapa pihak 1MDB tidak beri sebarang respon atau jawapan kepada pertanyaan yang diajukan? Kalau ada penjelasan, takdelah jadi kecoh.

Betul ke ada bayaran itu dibuat?

Kalau kena songlap, siapa yang harus bertanggungjawab? Adakah ada kaitan dengan kes alHusseiny bekas CEO Aabar dan alQubassi bekas Pengarah Aabar yang dibuang kerja?

Kedua-dua mereka adalah yang bergambar megah semasa majlis menandatangai MOU dengan 1MDB yang disaksikan oleh Najib dulu.

Dakwaan kehilangan AS$1.4 bilion muncul pada saat yang sensitif dari segi politik bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, yang dalam pemerhatian kerana menerima RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah.

Wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

1MDB, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, juga di bawah penelitian selepas mengumpul RM42 bilion hutang sejak ia mula beroperasi pada 2009, dan juga atas urus niaga meragukan.

Abu Dhabi kini cuba memutuskan hubungan dengan 1MDB, kata WSJ, dan menyusun semula Ipic yang menyediakan dana kepada syarikat pelaburan negara Malaysia itu.

Jurnal perniagaan itu berkata, urusan antara UAE dan Malaysia "menyerlahkan situasi yang jarang berlaku dalam dana negara, yang meningkat dengan ketara dari segi saiznya dan disokong kerajaan yang kaya tetapi sering kurang ketelusan".

Pada 2 Julai, WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di kalangan beberapa agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya berakhir di akaun peribadi Najib menerusi 5 deposit berasingan.

Najib menafikan menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi tetapi skandal tersebut menyebabkan masalah politik dan ekonomi.

Pendedahan ini membuat kita tertanya-tanya mengenai bayaran yang telah dibayar kepada IPIC untuk menebus kembali Option 49% yang diberikan kepada Aabar/IPIC untuk memiliki saham IPP milik 1MDB.

Sebab perkara ini juga merupakan sebahagian dari perjanjian jaminan yang sama antara Aabar-1MDB.

Berapa sebenarnya JUMLAH yang telah dibayar? Yang tercatat adalah USD2.22 bilion!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Hehehe macam macam versi citer yang keluar ..Semoga bermanfaat buat pembaca di luar sana..Happy blogging

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon