Monday, September 07, 2015

Anjing Kencing Dalam Tesco, Beratus Troli Terpaksa Disamak!


Angkara gagal memahami sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia dek kesombongan dan mungkin juga kebodohan diri, beratus troli terpaksa disamak hanya kerana seekor anjing.

Anjing Kencing Dalam Tesco

Tesco Malaysia terpaksa memang­gil Ahli Jawantankuasa (AJK) Masjid Jamek Kampung Plentong Baru untuk menyamak beratus-ratus buah troli selepas dua orang pengunjung­nya bertindak biadab membawa masuk seekor anjing ke dalam pasar raya Tesco Extra Plentong.

Bilal Masjid Jamek Kampung Plentong Baru, Omar Abd. Jalil berkata, dia yang mengetuai proses pembersihan troli ber­kenaan dihubungi oleh salah seorang pekerja Tesco tersebut sebelum dia ke pasar raya itu bersama dua lagi AJK masjid.

Pembersihan ke atas semua troli dilakukan kerana pihak pasar raya tidak tahu mana satu troli yang digunakan wanita berkenaan dan mereka mengambil masa lebih dua jam menyamak dengan kerjasama kakitangan Tesco.

Perbuatan biadab dan bodoh dua wanita Cina meletakkan anjing peliharaan mereka di dalam troli sebelum masuk ke dalam Tesco dikritik pengguna laman sosial kerana tidak sensitif dengan pengunjung beragama Islam.

Lebih buruk lagi anjing berwarna hitam dan coklat itu turut kencing di atas troli berkenaan.

BACA INI JUGA: Filem-filem Yang Bersifat Rasis Demi Komedi

2 comments

  1. bawak anjing g tesco...bkn dia pandai bli barang pon..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya bila sesetengah orang rasa dia berhak tanpa memikir hak majoriti orang lain..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon