Sunday, September 13, 2015

7 Perangai Pelancong China Yang Paling Menjengkelkan!


Kehadiran pelancong warga China di mana-mana negara nampak gayanya tidak begitu disenangi serta mengundang perasaan jengkel dikalangan pelancong negara lain mahu pun orang tempatan sendiri.

Mengapa mereka seolah-olah diboikot oleh semua orang? Apa kesalahan yang telah mereka lakukan? Dan kenapa kehadiran mereka tidak disenangi?

Berdasarkan beberapa sumber, di bawah ini merupakan 7 punca mengapa pelancong warga China tidak disenangi dan kurang digemari di seluruh dunia:

1. Tidak tahu bersabar/Tidak bertoleransi

Pelancong China Teruk

Jelas perangai pelancong warga China yang tidak tahu bersabar mahupun tidak faham erti toleransi ini menjadi faktor utama mengapa mereka dibenci. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa isu berkaitan yang pernah ditimbulkan.

Berita mengenai pelancong China yang membuat kecoh di sebuah lapangan terbang di Bangkok juga telah mendapat perhatian netizen (tonton video dibawah).

Jelas sikap toleransi mereka sangat lemah rentetan isu penerbangan yang mereka naiki terpaksa digendalakan sementara.

Selain itu, video yang dimuat naik oleh seorang wanita Thailand yang menunjukkan sikap pelancong China yang tidak tahu beratur juga pernah viral sebelum ini.

2. Tidak bertamadun!

Pelancong dari China juga dikecam kerana sikap mereka yang keterlaluan serta tidak bertamadun ketika melancong.

Isu ini boleh dikaitkan dengan insiden seorang lelaki warga China yang pernah menjadi bualan media tempatan dan luar negara kerana bertindak tidak sopan selepas meramas buah dada patung bogel yang menjadi tugu di kawasan pelancongan popular di Huaqing Pool di bandar Xi’an.

3. Tidak bertimbang rasa

Segelintir pelancong dari China jelas memiliki duit untuk melakukan apa sahaja tapi apa yang menyedihkan mereka tidak mempunyai etika serta tidak bertimbang rasa kepada orang di sekeliling.

Menurut sumber, mereka langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain dan merasakan mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka.

4. Bersikap oportunistik

Mereka juga dikatakan tidak akan melepaskan peluang yang ada. Boleh dikaitkan dengan sikap tidak bertimbang rasa. Pelancong dari China ini tidak akan bertolak-ansur walaupun terhadap orang yang lebih tua.

5. Pentingkan diri sendiri

Sifat pentingkan diri sendiri ini sememangnya dibenci oleh masyarakat. Ia merupakan sisi buruk yang ada dalam diri seseorang individu atau kelompok yang perlu disingkirkan serta dibuang serta-merta.

Ini juga merupakan faktor yang mendorong kepada kenapa pelancong dari China ini diboikot oleh seluruh masyarakat dunia.

6. Suka melakukan vandalisme serta merosakkan pemandangan

Tabiat kebudak-budakan seperti menconteng nama sendiri di mana-mana dinding atau sesuatu tempat pelancongan untuk menunjukkan mereka pernah hadir dan datang di situ juga adalah satu daripada punca kenapa warga China ini dikutuk!

Rasanya tidak perlu meletakkan simbol atau tanda seperti ‘Lin Quai was here’ dan sebagainya. Tiada siapa peduli dan tiada siapa yang mahu ambil tahu, ia hanya merosakkan pandangan serta kualiti benda yang menjadi tarikan kepada pelancong lain.

7. Pengotor!

Berak

Sikap yang terakhir ini merupakan sikap yang paling jelas ditunjukkan oleh segelintir pelancong China ketika melancong. Pengotor dan tidak tahu menjaga kebersihan! Isu seperti ini telah banyak berlegar di media sosial serta menjadi bualan hangat mana-mana media.

Sebagai contoh, isu terbaru yang pernah dilaporkan, seorang wanita dikatakan dengan sengaja telah membiarkan anaknya membuang air di tempat penyimpanan makanan di dalam sebuah pesawat.

Kesimpulannya, pelancong warga China sememangnya perlu berubah dari segi sikap mereka yang menjengkelkan orang ramai ketika melancong bagi membersihkan kembali nama negara mereka.

Jika tidak, selama-lamanya mereka akan dikecam serta diboikot oleh seluruh masyarakat di dunia ini gara-gara sisi buruk yang ditunjukkan mereka itu.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia



Sumber: Mynewshub.cc

3 comments

  1. hahaha..hadui biar betul ni SP..bertambah panas lah jerebu lagi lah hehehhe..

    ReplyDelete
  2. nak tambah sikit ja kio SP bukan semua. Bukan sokong tetapi ada ni taukeh Cina kasi murah harga bila saya datang membeli barangan dia ada tau di Keningau. Hehehe...
    apapun pernah kena tengking dgn diorang ni..

    ReplyDelete
  3. Hahaha...tak pe yang penting kita tahu adap.sopan budaya negara islam...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon