Thursday, September 17, 2015

10 Angkatan Tentera Paling Kuat Di Dunia 2015


Global Firepower (GFP), sebuah laman web terkenal analisis kekuatan pasukan tentera kebangsaan di seluruh dunia menyenaraikan Angkatan Malaysia Malaysia (ATM) sebagai ke-35 terkuat di arena antarabangsa.

top 10 best world army 2015

Laman berpengaruh itu mengeluarkan senarai penarafan lebih 100 negara sebagai perbandingan organisasi ketenteraan paling kuat di dunia dengan berdasarkan kepada 50 faktor penilaian berbeza yang cukup ketat.

Antara faktor menilai kekuatan tentera sesebuah negara ialah bilangan penduduk, usia rakyat dibenarkan menjadi anggota tentera, jumlah tentera aktif, jumlah peralatan, hutang luar negeri dan penggunaan bahan bakar.

Misalnya, jumlah populasi sesebuah negara menjadi petunjuk awal penilaian penarafan ini dan secara umum, semakin besar bilangan penduduk sesebuah negara, maka kekuatan ketenteraan negara itu akan semakin besar.

Demi memastikan penilaian itu lebih bersifat adil serta dipercayai, keupayaan sebuah negara dalam mengembang dan memiliki persenjataan nuklear langsung tidak diambil kira menjadi antara faktor penilai oleh pihak GFP.

Semua penilaian bebas itu akan menunjukkan secara ‘atas kertas’ kemampuan pasukan tentera sesebuah negara jika betul-betul terjadi perang konvensional sama ada pertempuran terbuka di darat, udara, mahu pun laut.

Hasil analisis menggunakan 50 faktor penilaian itu, GFP menentukan untuk 2015, negara dengan ketenteraan terkuat di dunia masih dipegang Amerika Syarikat (AS), diikuti Rusia dan China masing-masing kedua dan ketiga.

Manakala, India dan Britain menduduki tangga keempat dan kelima dunia, sementara negara Asia lain yang menduduki kelompok 10 terkuat ialah Korea Selatan di kedudukan ketujuh dan Jepun pula di posisi kesembilan.

Itu ‘Top Ten’, namun bagaimana pula di peringkat rantau Asia tenggara? Hasil penilaian sangat ketat itu, GFP menyenaraikan Indonesia paling kuat di ASEAN dan menjadi negara dengan tentera ke-12 terkuat di dunia.

Kedudukan Tentera Nasional Indonesia ini di bawah Israel (11) tetapi di atas Australia (13). Dengan posisi ini, Indonesia juga lebih kuat berbanding beberapa negara Eropah tertentu seperti Poland, Switzerland atau Denmark.

Negara tentera kedua terkuat di Asia Tenggara ialah Thailand yang secara global berada di tangga ke-20, diikuti Vietnam (21), Singapura (26), Malaysia (35), Filipina (40), Myanmar (44), Kemboja (96) dan Laos (117).

Sementara itu, 10 negara dengan kekuatan tentera paling lemah dalam senarai GFP ini ialah Laos, Gabon, Cameroon, Tanzania, Sudan Selatan, Libya, Zambia, Mali, Mozambique dan Somalia.

Senarai Angkatan Tentera Terbaik Di Dunia

10 Terbaik Dunia
  • Amerika Syarikat, Rusia, China, India, Britain, Perancis, Korea Selatan, Jerman, Jepun, Turki

10 Terbaik Eropah
  • Britain, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Ukraine, Czech, Switzerland, Austria, Belanda

10 Terbaik Afrika
  • Mesir, Algeria, Afrika Selatan, Nigeria, Habsyah, Maghribi, Tunisia, Kenya, Angola, Niger

10 Terbaik Asia Barat
  • Israel, Iran, Arab Saudi, Syria, UAE, Jordan, Oman, Kuwait, Qatar, Yaman

10 Terbaik Asia Pasifik
  • Rusia, China, India, Korea Selatan, Jepun, Turki, Indonesia, Australia, Taiwan, Pakistan

BACA INI JUGA: Sejarah Penghapusan Etnik Rohingya

Sumber: Mynewshub.cc/HAA

2 comments

  1. malaysia 35 tu.. boleh tahan...

    ReplyDelete
  2. Mana Malaysia..jauhnya ranking..kikiki...tak pe...biar setiasa dibelakang...jangan warganegaranya bermusuhan...kiki

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon