Thursday, August 13, 2015

Video Budak Perempuan Tidurkan Binatang Viral


HEBAT! Itulah ungkapan yang dapat dikeluarkan dan diberikan kepada budak perempuan di China ini.

Chinese Girl Can Hypnotize Animals

Menerusi satu program realiti televisyen di China, seorang budak perempuan ini telah menjadi sensasi internet sejak videonya menidurkan semua haiwan yang ada di situ menjadi viral.

Video yang dimuat naik di laman facebook itu menunjukkan lima haiwan terpilih seperti anjing, iguana, katak, ayam dan arnab telah berjaya ditidurkan seolah-olah dipukau oleh anak kecil itu.

Hanya menggunakan kata-kata seperti memujuk dan merayu, budak perempuan itu berjaya melaksanakan tugasnya di hadapan juri dan penonton yang hadir.

Walaupun di pertengahan pertunjukan itu dia seolah-olah akan gagal melakukannya namun budak perempuan terbabit dilihat berjaya memukau semula haiwan tersebut.

BACA INI JUGA: 7 Keajaiban Sebenar Dunia Yang Kita Lupakan


Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon