Thursday, August 06, 2015

Polis Serbu SPRM Cari Siapa Bocorkan Draf Waran Tangkap Najib?!


Hujung bulan Julai lalu apabila Sarawak Report mendedahkan kertas pertuduhan terhadap Najib yang didakwanya sebagai punca sebenar Gani Patail ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba, Peguam Negara yang baru telah menafikan kewujudannya.

Mohamed+Apandi+Ali

Beliau yang baru dilantik menafikan laporan portal Sarawak Report mengenai pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’. Baca sini, Draf Waran Tangkap Untuk Najib Punca Gani Patail Dipecat?

Katanya, “Kertas pertuduhan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat.

“Plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan.”

Tegas Apandi, kertas pertuduhan yang didedahkan itu tidak pernah sampai kepada Jabatan Peguam Negara, malah format dokumen berkenaan tidak betul sebagaimana yang ditulis jabatan berkenaan.

“Peruntukan penuh undang-undang akan digunakan tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah,” katanya.

Selain beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuat naik tweet bersama Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menafikan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report itu.

“Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum.” kata Tun Abdul Majid menerusi twitternya.

Oklah kalau tak ada, kita anggaplah Sarawak Report tu mengadakan benda yang tak ada.

Cuma yang menghairankan sekarang ialah beberapa laporan mengatakan Polis menyerbu SPRM bagi menyiasat siapa membocorkan draf kertas pertuduhan itu..

Ini laporan dari Malaysiakini..

Malaysiakini-SPRM

Mungkin pro-Najib akan mempertikaikan laporan dari Malaysiakini itu. Dibawah ni pula laporan dari Bernama..

Bernama-SPRM

Peguam Negara kata tak ada, Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara tak dibuat, tapi kenapa pula Polis serbu SPRM untuk cari dalang yang membocorkannya?

Dah kata tak ada, macam mana pulak boleh bocor?

Sumber: Darisungaiderhaka

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon