Monday, August 17, 2015

Pesanan Shafie Apdal Buat Najib


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal minggu lalu, perpesan kepada "sahabat lama" beliau, kesetiaan yang diberikannya adalah kepada parti dan bukan terhadap mana-mana pemimpin.

Shafie Apdal vs Najib

Beliau yang juga Ketua Umno Semporna berkata, parti itu perlu mendapatkan keyakinan rakyat kerana tidak mahu Sabah kembali diperintah pembangkang seperti pernah berlaku sebelum ini.

"Ini boleh tolong sampaikan kepada PM. Kami berkawan lama, kesetiaan kita (adalah) kepada parti dan bukannya berpaksi pada kawan semata-mata," katanya disambut sorakan perwakilan dan pemerhati di Semporna sabtu lalu.

Kata beliau, rakyat perlu diberi keyakinan oleh Umno selepas negeri itu "susah" kerana diperintah parti lawan suatu ketika dulu.

Menurut Mohd Shafie, bertanya soalan tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu "pengkhianat" kepada parti.

Shafie berkata, beliau hanya membangkitkan persoalan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan tidak untuk mencabar kepimpinan parti.

Memang agenda lama

"Itu tujuan kita. Kita bertanya dengan niat yang baik. Adakah kita tidak dibenarkan bertanya?

"Saya tanya, mengapa beli hartanah di Pulau Pinang dengan harga RM1.3 bilion? Tiada faedah. Salahkah bertanya? Salah?", soal Shafie disusuli jeritan perwakilan berkata, "Tidak!"

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah itu berkata, beliau akan terus memperjuangkan pembangunan di Sabah khususnya Semporna kerana itu merupakan agendanya.

Beliau juga berharap kerajaan tidak melupakan "wilayah kecil Semporna" yang dijanjikan jambatan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Projek itu kini tertangguh kerana isu kos.

"Pasal jambatan Bum bum. Bekas perdana menteri umumkan dalam bajet. Kemudian saya sebagai menteri dipanggil oleh majlis ekonomi.

"Jambatan itu hanya memakan belanja kira-kira RM300 hingga RM400 juta. Apa sangatlah dengan projek ini ketika kita boleh habiskan banyak wang untuk membayar hutang berbilion-bilon ringgit," katanya lapor Malaysiakini.

BACA INI JUGA: MCA Sangkal Simpan Wang Dalam Akaun Peribadi Pemimpin Amalan Biasa!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon