Aug 19, 2015

Penentang Najib Dibawah Tapak Kaki Saya, kata Azwan Ali

"Kepada semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya," demikian kata Azwan Ali yang mahu dikenali dengan panggilan 'Diva AA' dalam temuramah eksklusif bersama Media Hiburan.

DIVA AA

Menurut Azwan, hak untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak beliau yang dijamin di bawah perlembagaan.

"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," katanya.

"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi.

Sebelum itu, wartawan Media Hiburan menghubungi Azwan untuk mendapatkan kepastian mengenai laporan polis yang dibuat diva tersebut terhadap seorang pengguna Instagram.

Difahamkan, Azwan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang selepas diugut di laman Instagram beliau @divaazwanavazz pada malam 17 Ogos 2015.

"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap!

"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.

Azwan juga menasihatkan supaya pengguna Instagram tersebut dan pelayar lain yang bersikap anti Perdana Menteri supaya bermuhasabah diri sebelum meringkuk ke dalam penjara.

"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua.

"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar.

"Saya pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan.

"Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya menutup sesi perbualan.

BACA INI JUGA: Riak Ketika Beribadat Lebih Bahaya Dari Fitnah Dajjal

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon