Aug 14, 2015

Minuman Upin Ipin Tiada Dadah

Air minuman jenama Upin Ipin dikatakan mengandungi dadah berikutan penyebaran gambar tangkapan beberapa orang remaja di sebuah hotel bersama minuman perisa teh lemon ais dan anggur jenama Upin Ipin yang telah dicampurkan dadah.

Minuman jenama Upin Ipin

Terdapat juga mesej di aplikasi WhatsApp agar pengguna berhati-hati dan tidak meminum air jenama tersebut.

FAKTA

Pengarah Urusan Upin Ipin Food Sdn Bhd, Afzaruddin Burhanuddin memberi jaminan air minuman keluaran syarikat itu adalah selamat.

Katanya, sampel diperolehi polis adalah botol yang telah dipakej semula oleh sindiket dadah dengan meletakkan air ketum bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kes ini sebenarnya bagi botol yang telah dibuka penutupnya dan dicampur dengan dadah. Ikut pasaran dijual RM30 sebotol.

“Minuman yang dijual di kedai adalah selamat diminum,” katanya

BACA INI JUGA: The Devil's Breath, Pohon Durjana Nafas Syaitan

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

ni lah akibat penyebaran tanpa sumber dan kesahihan terlebih dahulu kan..:(

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon