Aug 12, 2015

Marina Mahathir Ada Hubungan Sulit Dengan Najib Adalah Fitnah!

Gempar apabila satu screen shot tersebar luas dan dikongsi ramai pengguna internet kononnya mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengakui bahawa Perdana Menteri, Najib Razak mempunyai hubungan sulit dengan anak beliau, Marina Mahathir.

Hubungan Sulit Najib [2]

Melalui imej berkenaan, artikel yang kononnya hasil tulisan Melati A. Jalil itu turut menggambarkan ia telah dilaporkan oleh portal pro-pembangkang, The Malaysia Insider.

Artikel tersebut kononnya telah dimuat naik semalam kira-kira jam 4.10 petang.

Hubungan Sulit Najib

Walau bagaimanapun, melalui pengumuman terkini di laman portalnya, TMI menafikan pernah menerbitkan laporan berkenaan sambil menyifatkannya sebagai tindakan pihak tidak bertanggungjawab.
The Malaysian Insider nafi siar berita Najib ada hubungan sulit dengan Marina

The Malaysian Insider hari ini menafikan menyiarkan berita memetik mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak mempunyai hubungan sulit dengan anaknya, Datin Paduka Marina.

Petikan gambar berita bertajuk: "Najib pernah ada hubungan sulit dengan anak saya, Marina, kata Mahathir" itu kini tersebar menerusi aplikasi Whatsapp di telefon bimbit.

Berita berkenaan turut memaparkan gambar dengan kapsyen: "Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuannya, Marina."

Petikan berkenaan turut menunjukkan berita itu disiarkan pada 11 Ogos 2015, pada jam 4.10 petang dengan menggunakan nama wartawan dan jurugambar The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider menyifatkan tindakan menyebarkan petikan palsu (gambar, kanan) berkenaan dan mengaitkannya dengan laman web ini adalah tidak bertanggungjawab. –12 Ogos, 2015

BACA INI JUGA: Skandal Jean Harlow Kekal Misteri Di Pentas Hollywood

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon