Aug 11, 2015

Kisah Dermawannya Negara Arab Di Sebalik RM2.6 Bilion

Dalam tulisan terbaru diblognya, Tun Mahathir tidak percaya bahawa RM2.6 bilion yang didermakan kepada Perdana Menteri, Najib Razak datangnya daripada Timur Tengah kerana orang Arab tidak begitu bermurah hati dan tidak mudah untuk mendapatkan wang daripada mereka.

Pak Arab dermawan
Gambar hiasan.

Sebenarnya, kisah disebaliknya adalah benar. Kerajaan Timur Tengah membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk membantu apa yang mereka anggap sebagai negara-negara Islam yang miskin, pemimpin serta pertubuhan meskipun terdapat kebimbangan bahawa wang itu akan disalurkan kepada organisasi pengganas.

Pada Januari tahun ini, The Huffington Post melaporkan bahawa keluarga Diraja Saud telah menderma kira-kira US$100-US200 bilion dalam tempoh 30 tahun kepada kerajaan asing, pergerakan dan organisasi termasuk personaliti yang dilihat sebagai rakan kepada kerajaan Arab Saudi.

Fakta bahawa angka sebenar tidak diketahui adalah disebabkan semuanya dilakukan secara rahsia malah The Huffington Post menyatakan ia bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya jumlah itu lebih besar daripada yang sepatutnya.

Qatar dan Emiriah juga dikatakan melayangkan wang mereka ke seluruh dunia untuk membantu negara Islam yang miskin, dengan ada yang menyamar untuk menyebarkan Islam tetapi realitinya ia bertujuan mempengaruhi pembeli, sama seperti pelobi Amerika Syarikat lakukan.

Amerika Syarikat (AS) menyedari mengenainya namun apa yang menjadi tanda-tanya kenapa AS berdiam diri dan tidak berkata apa-apa?

Adakah AS menyokong apa yang kerajaan Timur Tengah lakukan? Adakah AS menyokong langkah oleh negara-negara Timur Tengah untuk mengekalkan sekutu dengan AS?

Dan ini, menurut laporan media barat, adalah jumlah yang dibelanjakan untuk membantu menyebarkan atau penyebaran Islam dan tidak termasuk sebab-sebab lain.

Salah satu punca, tentulah untuk memastikan kerajaan asing kekal mesra dengan Arab Saudi dan tidak memberikan tekanan untuk melaksanakan demokrasi serta pilihan raya secara terbuka.

Dalam kata lain, Arab Saudi mahu meneruskan pemerintahan monarki mutlak dan untuk menjayakannya, kerajaan asing perlu menjadi rakan yang mesra dengan negara itu.

Arab Saudi membeli rakan-rakan dengan menderma wang kepada mereka. Sebab itulah ketika banyak negara mengecam Iraq, Iran, Turki, Mesir, Libra, Syria, dan sebagainya, kerana kurangnya demokrasi di negara terbabit, tiada sepatah perkataan pun yang memperkatakan mengenai pemerintahan monarki atau emir di Arab Saudi atau negara Timur Tengah lain.

Pakistan melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi meluluskan US$35 bilion pada 2005 untuk pembinaan madrasah dan masjid di Asia Tenggara.

Berbilion lagi sedang dicurahkan ke negara barat untuk membina pusat kebudayaan Islam, yang menjadi topeng kepada masjid.

Meskipun semua ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha menyebarkan Islam, namun hakikatnya ia lebih kepada usaha menyebarkan pengaruh dan membuat kawan.

Dan bukankah ini yang dilakukan oleh barat dan Amerika, membuat kawan melalui bantuan kewangan?

Jadi, ia bukan sengaja dibuat-buat apabila Timur Tengah dan negara-nagara Arab membuat sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia.

Di mata orang-orang Arab, ia tidak menyalahi undang-undang atau bermoral. Ia adalah sebahagian daripada perniagaan dan membuat kawan serta mendapatkan sokongan.

Bukankah Anwar Ibrahim, juga, menerima derma daripada Arab Saudi untuk membiayai kegiatan Islam pada 1970-an sebelum menyertai UMNO?

Malah, dia terus menerima bantuan Arab lama selepas dipecat dari UMNO dan dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, seperti yang didedahkan oleh program televisyen Australia kira-kira 14 atau 15 tahun lalu.

Menurut Perdana Menteri, wang yang diterimanya bukan diseludup atau wang haram yang dibawa masuk ke dalam negara dan ia dilakukan dengan pengetahuan Bank Negara. Bank Negara juga tidak pernah menyatakan ia tidak menyedari mengenai wang itu.

Hakikatnya wang itu tidak disembunyikan atau dimasukkan ke dalam pemegang amanah atau akaun bank proksi sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib kerana tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikannya.

Jika beliau mahu menyembunyikan wang itu, beliau bukan sahaja boleh menyimpannya dalam akaun bank proksi tetapi juga menggunakan akaun di luar negara seperti di Hong Kong. Maka tiada siapa yang akan menjadi lebih bijak.

Terdapat tuduhan ia adalah wang penggubahan haram. Wang itu adalah penggubahan haram jika ia menyalahi undang-undang atau wang yang kotor dan anda membersihkannya dengan menjadikannya sah di sisi undang-undang. Wang yang diperolehi secara sah dan tidak diperolehi melalui aktiviti jenayah serta tidak disembunyikan, tidak boleh digelar penggubahan wang haram.

Seperti yang dijelaskan, hakikat bahawa Najib memilih untuk menjadikan urusniaga itu telus dengan membenarkan Bank Negara melihatnya dan dengan memasukkan ke dalam akaun peribadinya, adalah supaya semua syak wasangka dapat dielakkan.

Saya meragui Najib begitu bodoh untuk menyimpan wang yang dicurinya dalam akaun peribadi beliau apatah lagi ia melibatkan jumlah yang besar ketika kita boleh menggunakan pemegang amanah, proksi dan bank luar negara untuk menyembunyikannya.

RM2.6 bilion adalah jumlah yang terlalu besar untuk disembunyikan dalam mana-mana akaun bank di Malaysia.

Walaupun hanya RM50,000 untuk pemindahan ke luar negara, ia akan menarik banyak soalan daripada Bank Negara.

Artikel oleh, Raja Petra Kamaruddin

BACA INI JUGA: Kenapa Arab Saudi Bukan Negara Islam, Tapi Penjual Islam?

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Org menderma utk projek yg baik2 projek yg Allah suka bukan pada seseorang yg hanya tahu menghabiskan wang ringgit utk tujuan peribadi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon