Monday, August 17, 2015

Gelombang Panas El Nino Landa Malaysia


Pusat ramalan kaji cuaca Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat memberi amaran feno­mena El Nino terburuk akan melanda seluruh dunia termasuk Malaysia pada tahun ini.

El nino landa Malaysia
Gambar hiasan.

Menurut saintis dari pusat tersebut, fenomena itu dijangka lebih teruk daripada rekod El Nino pada tahun 1997 yang menyebabkan bencana di beberapa buah negara seperti banjir besar di barat Amerika Syarikat, kemarau buruk di Indonesia, wabak virus maut di Afrika, banjir lumpur di California dan kebakaran hutan di Australia.

Difahamkan, Malaysia dijangka mengalami fenomena tersebut mulai bulan September atau pada akhir Monsun Barat Daya yang membawa cuaca panas ekstrem sehingga boleh menjejaskan tanaman, bekalan air bersih dan kesihatan orang ramai di negara ini.

Sementara itu, NOAA dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman webnya Khamis lalu berkata, ramalan terbaharu mendapati terdapat beberapa kemungkinan yang begitu ketara dan semakin kuat berhubung fenomena ekoran peningkatan haba panas di perairan timur Lautan Pasifik.

“Terdapat kemungkinan lebih 90 peratus El Nino akan berterusan melalui kawasan Hemisfera Utara yang membawa musim sejuk pada tahun ini hingga pada tahun depan.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kepanasan Badan Hilang Melalui Kepala?

Sumber: Kosmo.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon