Aug 11, 2015

Gambar Viral Rosmah Jalan ‘Mendahului’ Najib Akhirnya Terjawab!

Entah di mana silapnya, sekeping gambar yang memaparkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor jalan ‘mendahului’ suaminya Najib Razak ketika menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura pada Ahad lepas menjadi viral dan bualan hangat netizen di laman sosial.

Rosmah Jalan ‘Mendahului’ Najib

Hanya gara-gara salah faham gambar tersebut, ramai membuat kesimpulan mendakwa Rosmah merupakan isteri yang ‘bossy’ sehingga suaminya terpaksa berjalan di belakang.

Menjawab segala tohmahan dan kritikan tersebut, Datuk Rizal Mansor selaku pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjelaskan situasi sebenar perihal gambar tersebut.

Menurut Rizal, Rosmah terpaksa berjalan dahulu di hadapan kerana tempat duduk beliau berada di sebelah dalam.

“Datin Seri Rosmah jalan di depan Datuk Seri Najib… cuba tengok susunan tempat duduk… macam pergi tengok wayang, siapa yang duduk sebelah dalam masuk dulu.

Rosmah Jalan ‘Mendahului’ Najib [2]

“Tempat duduk dan kedudukan masuk semuanya ditentukan oleh protokol Singapura. Kita ni tetamu ikut je lah…,” tulis Rizal di laman Facebook.

Selain itu, Rizal turut menjelaskan satu lagi gambar yang memperlihatkan Rosmah seolah-olah satu-satunya isteri ketua pemimpin yang hadir pada sambutan tersebut.

Demi memuaskan hati ramai, Rizal berkongsi gambar lain yang menunjukkan ketua negara dan kerajaan lain turut diiringi oleh isteri-isteri masing-masing.

Rosmah Jalan ‘Mendahului’ Najib [3]

“Datin Sri Rosmah satu-satunya isteri ketua negara yang hadir?

“Anda tengoklah sendiri gambar Utusan Malaysia hari ni.. Isteri Naib Presiden Indonesia ada, Vietnam dan New Zealand pun bawak.. daripada 8 Ketua Negara/Wakil yang hadir, 4 bawak pasangan masing-masing.. pastu Isteri PM Singapura pun ada..,” tulis Rizal lagi.

Dalam pada itu, Rizal turut meluahkan pendapatnya tentang banyak lagi benda lain yang lebih penting, namun beliau terpaksa menjelaskannya sebab ramai telah memainkan perkara tersebut.

Jadi, apa kata anda pula?

BACA INI JUGA: Rosmah Mansor ‘First Lady’ Kedua Tercantik Di Asia!!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

netizen pulak makin kreatip...mcm2 diorg reka....jd bahan pulak gambar ni kan hihih

rakyat kurang respect lagi pada pemimpin yang terlalu sombong

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon