Saturday, August 29, 2015

Bateri Baharu iPhone Direka Tahan Seminggu!


Sebuah syarikat Britain mendakwa mencipta sel bahan api untuk telefon pintar ­iPhone yang tahan selama seminggu sebelum perlu dicas semula, lapor sebuah akhbar.

iPhone Hydrogen Fuel

Intelligent Energy membina sel bahan api mini menggunakan kuasa hidrogen dan oksigen. Syarikat itu memasang sebuah prototaip sel bahan api berkenaan di dalam kerangka sebuah iPhone 6.

Sel bahan api itu menggunakan lapisan besi dan plastik untuk membakar oksigen dan hidrogen dengan lubang-lubang kecil pada bahagian belakang membebaskan wap air.

Sel bahan api berfungsi seperti bateri konvensional tetapi memerlukan bahan api untuk ‘pembakaran’.

Tidak perlu dicas menggunakan kuasa elektrik, pengguna sebaliknya mengisi semula gas hidrogen ke dalam sel bahan api itu menggunakan soket khas.

Intelligent Energy iPhone Hydrogen Fuel Cell Technology

Syarikat itu sebelum ini menghasilkan peralatan berkuasa hidrogen yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar dan alatan elektrik lain tetapi belum pernah membina sel bahan api yang cukup kecil dan muat di dalam sebuah te­lefon pintar.

“Setakat yang kami tahu, belum ada pihak yang menghasilkan sel bahan api untuk telefon pintar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Intelligent Energy, Henri Winand. – Agensi

BACA INI JUGA: iPhone, Alat Perisikan Amerika Syarikat!

4 comments

  1. Iphone cepat rosak kan....tu member yg cakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah . pakai dulu baru tau . iphone paling lancar , tak pernah hang n susah nak rosak . sy pernah pakai iphone4s , 5 n sekarang 6+ alhamdulillah semua okay .. walaupun sy taklah org yg cermat pakai hp . baling , jatuh , terkena air tu biasa . gmbr 3k pun ttp lancar .. tkkan hang spt sesetengah hp android .. :)

      Delete
  2. satu pengetahuan baru yang sangat menarik.. oh iPhone hihi

    ReplyDelete
  3. harap-harap tak meletup iphone tu...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon