Tuesday, August 18, 2015

Ayah, Anak Warga Malaysia Sah Maut Letupan Bom Di Bangkok


Dua beranak iaitu ayah dan anaknya disahkan sebagai rakyat Malaysia yang terbunuh dalam letupan bom terburuk yang mengegarkan ibu kota Thailand pada awal malam Isnin.

Bangkok-blast

Menurut satu kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia di sini, mayat mendiang Lim Saw Sek dan anaknya Neoh Jai Jun kini berada di Hospital Besar Polis di Bangkok untuk proses bedah siasat.

Mereka berdua dipercayai sedang bercuti di Bangkok adalah antara lapan pelancong warga asing yang disahkan terbunuh dalam insiden letupan bom di pusat bandar raya tersebut semalam.

Jelas jurucakap pihak kedutaan, dua lagi rakyat Malaysia dilaporkan turut mengalami kecederaan dan masih lagi menerima rawatan di sebuah hospital di negara ‘Gajah Putih’ itu.

Dua yang cedera itu dikenali sebagai Tan Rui Hun dan Tan Kim Siok, namun tiada butiran lebih lanjut diberikan oleh pihak berkuasa tempatan sehingga kini.

Terdahulu, Polis Diraja Thailand mengesahkan bahawa angka kematian rasmi meningkat kepada 27 orang pada awal Selasa dengan 123 lagi dilaporkan mengalami cedera parah.

Dua pelancong warga Hong Kong turut disahkan antara yang terbunuh dalam insiden berhampiran kuil dewa terkenal Hindu Erawan yang terletak di kawasan utama tumpuan pelancong asing.

“Angka kematian kini meningkat kepada 21 orang. Serangan bom disasarkan kepada orang ramai kerana kuil tersebut mula sesak sekitar pukul 6 hingga 7 malam,” kata jurucakap polis, Prawut Thavornsiri. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: Tsar Bomba, Letupan Nuklear Paling Kuat!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon