Friday, July 31, 2015

WWE Network, Siaran gusti Kini 24 Jam!


Bagi memenuhi permintaan pelanggan dan peminat setia WWE, Astro dengan kerjasama WWE telah melancarkan rangkaian baharu, WWE Network seiring dengan rancangan tayangan WWE Battleground.

WWE Network

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Key berkata, pelancaran WWE Network adalah untuk peminat-peminat WWE di Malaysia yang selama ini begitu menanti-nantikan satu saluran khas untuk WWE.

"WWE Network merupakan platform terbaik untuk mereka menyaksikan aksi-aksi lasak yang penuh debaran setiap masa.

"Disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, ia turut diselitkan dengan siri-siri perlawanan WWE yang bersiaran secara langsung tanpa perlu membayar bagi setiap permintaan (pay per view).

"Hanya pada kadar harga RM10.60 sebulan bagi pelanggan sedia ada saluran Astro Sports Pack, manakala RM15.90 sebulan bagi pelanggan Astro sedia ada tetapi tidak melanggan saluran Astro Sports Pack. Pakej sukan ini menawarkan 12 siaran perlawanan WWE secara langsung tanpa bayaran tambahan," jelasnya.

Katanya, sebelum ini, mana-mana perlawanan yang ingin ditonton, pelanggan perlu bayar bagi setiap permintaan (pay per view).

"Kini, mereka turut mempunyai akses selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu menonton rancangan seperti siri perlawanan original, program realiti, dokumentari, perlawanan klasik, siaran eksklusif perlawanan-perlawanan khas dan mempunyai peruntukan selama 25 jam menonton video-atas-permintaan (VOD) pada setiap bulan," katanya.

Pada masa sama, pelanggan NJOI boleh melanggan pakej WWE Network di saluran definisi standard (SD) 820 pada harga RM15.90 bagi mendapatkan akses selama tiga hari dan RM31.80 bagi mendapatkan akses selama 30 hari.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif WWE International, Gerrit Meier berkata, peluang bekerjasama dengan Astro adalah sesuatu yang sangat hebat.

"Kolaborasi yang terjalin ini secara tidak langsung menggambarkan fleksibiliti kami untuk menawarkan WWE Network kepada peminat-peminat di seluruh dunia," jelasnya.

WWE Network boleh di dapati di 175 buah negara dan wilayah yang mana sehingga 31 Mac lalu jumlah pelanggannya berjaya mencecah 1.3 juta.

BACA INI JUGA: Kirkpinar, Pesta Gusti Minyak!

Sumber: Sinarharian.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon