Jul 13, 2015

Video Sebuah Kereta Hancur Remuk Rusuhan Di Low Yat

Sebuah video memaparkan aksi ganas yang ditunjukkan oleh perusuh dalam kejadian di Plaza Low Yat, kini berlegar di laman sosial.

low-yat

Video berdurasi 2.58 minit itu menunjukkan keadaan yang tidak dapat dikawal walaupun terdapat kehadiran polis.

Melalui video, dapat dilihat kereta salah seorang daripada tiga mangsa yang dikatakan dalam laporan sebelum ini hancur remuk setelah dibedal oleh perusuh.

Kumpulan perusuh terbabit turut menghentak topi keledar pada kereta dan mengheret seorang lelaki dari kereta tersebut.

Mangsa seterusnya dipukul seakan terdapat pesta yang diberikan ‘kelulusan’.

Seorang jurugambar dan wartawan yang cuba membantu juga telah menerima nasib sama.

Mujurlah tidak lama kemudian, keadaan dilaporkan kembali reda setelah pihak FRU tampil meredakan keadaan.

Rusuhan dipercayai bermula selepas seorang pemuda datang ke salah sebuah kedai menjual telefon bimbit di Plaza Low Yat kerana berasa tertipu selepas menyedari gajet yang dibeli rupanya tiruan.

Bagaimanapun, ada juga laporan mengatakan lelaki itu sebenarnya telah mencuri telefon bimbit di premis alat telekomunikasi berkenaan.

18 Ditahan Bantu Siasatan

Berikutan situasi tegang yang berlaku di pusat beli-belah Plaza Low Yat pada Ahad malam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 17 individu bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, pihak berkuasa terlebih dahulu menahan seorang pemuda yang juga suspek kes kecurian telefon bimbit di sebuah premis di situ.

Memetik kenyataan dari Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa dalam satu sidang media sebentar tadi, “Suspek kini ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan dan hasil siasatan mendapati suspek turut positif dadah.”

Beliau turut berkata, individu-individu yang ditahan berusia sekitar 16 tahun sehingga 40 tahun dan pihaknya kini sedang menunggu perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret.

Dalam pada itu, tujuh individu dilaporkan cedera termasuk tiga pemberita yang hadir semalam.

Isu tersebut menjadi panas sejak tersebarnya rakaman video dari pengunjung plaza Sabtu lalu sebelum ia menjadi semakin besar apabila pihak-pihak berhimpun dan menimbulkan kekecohan di perkarangan Low Yat, malam tadi.

BACA INI JUGA: Video Pemandu Samseng Tunjal Kepala Orang Tua



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

ramai orang dah tak tahan kena tipu dengan peniaga peniaga Cina. jadi mereka terpaksa bertindak melampau untuk melahirkan rasa tak puas hati mereka lalu menimbulkan isu perkauman.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon