Wednesday, July 15, 2015

Video Pelajar Cina Nyanyi Lagu Raya Dalam Komuter Viral!


Klip video berdurasi 30 saat yang kini tersebar meluas di laman sosial, memperlihatkan sekumpulan anak muda berbangsa Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya dendangan Saloma di dalam tren KTM.

Lagu-raya

Inilah yang dinamakan Malaysia, walaupun kita baru sahaja digegarkan dengan kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, namun klip video ini mungkin dapat meredakan sedikit ketegangan.

Bukan sahaja menyanyi dengan girang, mereka turut bertepuk tangan dan menari bersama beberapa penumpang lain hingga menjadikan suasana semakin rancak.

Ia dimuat naik oleh pengguna Twitter, Arisya pada malam Isnin lalu dan kini menerima ribuan perkongsian dari netizen.

Seorang pengguna Twitter @mnasir123 berkata, “Sungguh cantik sekali, rakyat Malaysia. MALAYSIAKU.”

Seorang lagi Pengguna Twitter @akhimstyrone berkata beliau gembira dengan tindakan pelajar dan pengguna komuter yang bersama-sama menyanyikan lagu Hari Raya sekaligus menunjukkan sikap rakyat Malaysia yang masih bersatu walaupun berlainan bangsa dan agama.

Inilah Malaysia kita. Negara yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya tapi kita dapat hidup bersama-sama dalam satu masyarakat sebagai sebuah keluarga yang besar.

BACA INI JUGA: Apa Puncanya Islam Sering Di Hina?


Tonton video di Youtube

Sumber: Mynewshub.cc

1 comment

  1. macam ni la yang kita mahu. saling menghormati agama dan bangsa orang lain.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon