Wednesday, July 08, 2015

Video Atuk Hero Gadai Nyawa Selamatkan Cucu!


Seorang datuk yang berusia 62 tahun dengan beraninya telah bertindak menjadi hero untuk menyelamatkan cucunya yang berada di dalam kereta sorong terjatuh di landasan kereta api di Australia.

Atuk Hero Selamatkan Cucu

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta sorong yang membawa seorang bayi berusia 18 bulan itu terjatuh di landasan kereta api di Stesyen Wenworthville, Sydney.

Menerusi video yang dirakam, warga emas itu dengan pantas dan tanpa ragu-ragu telah merisikokan nyawanya dengan terjun ke landasan tersebut dan mengangkat bayi serta kereta sorong ke atas platform sebelum kereta api tiba di situ.

Dia dikatakan tidak dapat memanjat semula ke atas platform selepas menyelamatkan cucunya dan terpaksa berlari untuk selamatkan diri selepas mendengar hon amaran yang dibunyikan oleh kereta api di situ.

Mujur dia berjaya kembali ke platform beberapa saat sebelum kereta api yang bakal tiba di situ melanggarnya.

BACA INI JUGA: Video Gadis Belasah Lelaki Gatal Viral Di Internet


Sumber: mynewshub

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon