Jul 8, 2015

Tiada Sebab Untuk Tangkap Dr. Mahathir

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas menolak cadangan pihak tertentu agar polis menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Ini kerana negarawan itu dikatakan sering membuat kritikan secara terbuka sehingga menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

“Tiada sebab untuk menangkap Dr. Mahathir. Cadangan tersebut adalah satu tindakan yang nakal dan saya tidak akan melayan permintaan tersebut,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau melancarkan kempen Ops Selamat 7/2015 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral di sini hari ini.

Isnin lalu, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dalam akaun Twitter mencadangkan supaya polis bertindak cepat dan menangkap Dr. Mahathir ekoran kritikan berterusannya terhadap Najib.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan kes dakwaan dana 1MDB yang diselewengkan dan pembelian kontroversi aset Dudley International House di Melbourne, Australia oleh MARA Incorporated Sdn. Bhd., tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai.

Ini kerana ia boleh mengganggu proses siasatan dan bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terlampau ghairah dalam mengemukakan pendapat dan menyebarkan maklumat yang mereka terima di laman sosial berkaitan dengan dua isu itu yang sedang hangat dibincangkan ketika ini.

Khalid berkata mengikut Akta SPRM, sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dilakukan oleh pasukan khas sama ada berkaitan 1MDB atau pembelian aset oleh MARA Incorporated Sdn. Bhd., boleh dikenakan tindakan undang-undang. –Agensi/Mynewshub

BACA INI JUGA: Hadiah RM1 Juta Jika Dapat Dedahkan Rahsia Kekayaan Tun Mahathir!

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Krisis kerajaan dan pemimpin..biarlah mereka yang urus...
Cik akak tak berani nak berdebat banyak...lariiiii

Benar. Kita hanya memerhati dari jauh..huhu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon