Tuesday, July 14, 2015

Polis Sahkan Insiden Low Yat Kes Mencuri


Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa kes kononnya seorang pemuda ditipu ketika membeli telefon bimbit di Low Yat merupakan satu sandiwara bagi mengaburi fakta asal bahawa dia sememangnya mencuri.

Insiden low Yat

Bukan itu sahaja, PDRM juga akan membuat siasatan terhadap seorang anggota polis yang melepaskan rakan yang mengiringi suspek kes curi berkenaan kerana mereka percaya, dia merupakan dalang yang menyebarkan berita palsu tersebut sebelum ia menjadi viral di media sosial.

“Tindakan anggota polis ini (melepaskan rakan suspek) tanpa merujuk pegawai kanan dia. Itu kita akan uruskan dia secara berasingan.

"Yang dibebaskan ini, balik buat cerita kata dia ditipu, ini diada-adakan, dan sebagainya.

"Dan ia digembar-gemburkan dalam media sosial.”

Selain itu, PDRM juga sedang memburu beberapa orang individu dan blogger yang terlibat dalam mensensasikan isu tersebut.

Papagomo

“Dan antara yang membuat cerita yang tidak betul ini ialah Papagomo, dan beberapa orang lagi.

"Dan saya arahkan mereka semua ini ditangkap.

"Apa yang sebenarnya berlaku kelmarin adalah individu terbabit mencuri telefon bimbit bukannya ditipu oleh penjual.

“Ini yang saya mahu terangkan. Tidak ada kena mengena dengan ditipu penjual. Individu terbabit juga ditahan pihak polis.”

BACA INI JUGA: Insiden Low Yat, Jangan Mudah Laung Takbir

Sumber: Mynewshub.cc

2 comments

  1. saya masih sangsi dengan kenyataan Khalid Abu Bakar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat sangat ada keputusan kan. Kalau bangsa lain yang buat sampai basi kes tak kemana..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon