Jul 14, 2015

PM Najib 'Jemput' Anwar Ibrahim Hadiri Majlis Hari Terbuka!

Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri Najib pada hari Jumaat.

Najib 'Jemput' Anwar Hadiri Majlis Hari Terbuka!

Laman rasmi Facebook Anwar memuat naik kad jemputan itu, yang mencatatkan nama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dahulu, mungkin kerana beliau adalah presiden PKR dan ketua pembangkang di Parlimen.

Dan ia mengundang pelbagai komen dari ramai pengguna Facebook.

"Ini semua lakonan semata2... nak tunjukan pada rakyat malaysia yg dia baiklah konon.” tulis Syed Abdillah Al-Attas.

"Senang dia masukkan DSAI di Sg. Buluh… bila menjelang raya… buat2 jemput kerumah beliau di Putrajaya,” tulis Pak Su loi.

Banyak juga berkata jangan terima jemputan tersebut.

Namun, ramai juga yang nampaknya mempercayai jemputan itu bermakna Anwar boleh meluangkan beberapa jam di luar penjara dan menasihatkan beliau tidak menerimanya.

"Tak wajib hadir… peringatan pancing, untuk kurangkan kemarahan rakyat pada Umno,” tulis Md Lami.

"Ni mereka nak hina Anwar la… mereka tahu Anwar dalam penjara akibat perbuatan mereka sendiri, tapi masih lagi 'buat-buat' dan jemput beraya… Karma itu ada,” tulis Pius K Francis Pius.

"Tu perangkap. Lepas pergi, esok Jibby buat laporan polis bahawa dia kena liwat,” tulis wrote Kelvin Yong.

Tersilap

Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin memperjelaskan jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri hanya untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut kenyataan jabatan itu, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (BIUPA) yang bertanggungjawab mengeluarkan kad jemputan tersebut telah tersilap memasukkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kad itu.

"Dalam hubungan ini, BIUPA memohon maaf dan mengaku telah membuat kesilapan dalam menghantar kad jemputan berkenaan," menurut JPM.

JPM juga menegaskan jemputan tersebut telah dibuat BIUPA dan bukannya daripada Pejabat Perdana Menteri.

BIUPA adalah Bahagian yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan jemputan kepada semua tetamu.

BACA INI JUGA: Puisi Sedih Tun Mahathir Sempena Hari Lahirnya

Sumber: Malaysiakini/Bernama

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Najib nak berbaik dengan Anwar la tu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon