Wednesday, July 08, 2015

Penyerang Tottenham Hotspur, Emmanuel Adebayor Peluk Islam


Bulan Ramadhan kali ini ternyata memberi 1001 rahmat buat ikon bola sepak terkenal, Emmanuel Adebayor yang memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Emmanuel Adebayor

Berita penyerang kelab Tottenham Hotspur memeluk agama Islam tersebar selepas videonya mengucap dua kalimah syahadah dan lengkap berpakaian jubah putih bersama sekumpulan lelaki menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, video itu dimuat naik oleh seseorang yang menggunakan nama akaun Jonas Nyabor dengan judul ‘Emmanuel Adebayor Converts To Islams’ pada Ahad lalu.

Keputusan Emmanuel yang juga kapten Togo itu mengejutkan banyak pihak namun ramai yang tumpang gembira dengan keputusannya yang selama ini dahagakan ketenangan hidup.

Emmanuel Adebayor [2]

Malah, ada yang mendakwa bekas pemain Arsenal dan Manchester City itu mempunyai masalah keluarga seperti yang pernah diluahkan Emmanuel menerusi laman Facebook miliknya.

Seperti semua sedia maklum, dua kalimah syahadah merupakan ikrar seseorang hamba Allah yang menyatakan keimanannya terhadap agama Islam.

Bagaimanapun hingga kini Emmanuel masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung hal ini.

Menerusi laman Instagram, peminat bola sepak tidak henti-henti mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan Emmanuel.

BACA INI JUGA: 10 Salah Faham Terbesar Mengenai Islam



Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon