Monday, July 13, 2015

Peniaga Cina Plaza Low Yat Menipu Punca Pergaduhan?


Insiden pergaduhan sekumpulan pemuda Melayu dengan beberapa pekerja cina kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat menggemparkan negara ketika umat Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.

Cina-lowyat-penipu [2]

Kejadian itu bertambah 'panas' apabila ia turut mendapat perhatian netizen di media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar pergaduhan beserta komen termasuk yang berunsur perkauman.

Kejadian ini terus menjadi trending ‎dan perbualan dilaman sosial. Malah ada yang meluahkan pernah ditipu peniaga cina kerana membeli gajet yang dijual Plaza Low Yat.

‎Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.

“Saya pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa tahun lalu. Beli Samsung Note 2. Kata barang original (Malaysia). Boleh tukar satu kepada satu kalau rosak.

“Nak jadikan cerita, telefon bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung Service Centre (pusat khidmat Samsung), Samsung Service Centre cakap ini bukan 'local warranty'. Set dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak terima sebab berlainan no IMEI,” ujarnya.

Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar pula menyarankan agar orang ramai melengkapkan diri dengan ilmu secukupnya sebelum membeli apa-apa barangan di Plaza Low Yat.

“Hendak pergi Low yat beli barang komputer, sila sediakan ilmu betul-betul, apa spesifikasinya, berapa anggaran harga,” tulisnya di Twitter.

Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.

“Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi,” tulisnya.

Insiden yang berlaku jam 7.50 malam itu menyebabkan beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut.

Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM70,000.

Peniaga cina menipu

Yuktes-Vijat - Low Yat

Berdasarkan cerita-cerita yang dikongsikan netizen, ia bermula setelah seorang pelanggan Melayu berasa tertipu apabila sebuah telefon bimbit jenis Oppo yang baru dibelinya bermasalah.

Dia kemudiannya datang semula ke kedai cina tersebut dan menuntut wangnya dikembalikan. Walau bagaimanapun, dia dikatakan telah dihalau oleh peniaga kedai cina itu dengan cara biadab.

Malah, pembeli itu dikatakan turut ditahan oleh pihak polis untuk siasatan sebelum dilepaskan. ‘Angin’ dengan penipuan yang dibuat kedai telefon itu, pembeli terbabit kembali bersama beberapa orang rakannya.

Apa lagi, bertempiaran larilah peniaga kedai tersebut!

Cina-lowyat-penipu

Turut terdedah, butiran didakwa salinan perbualan peniaga cina terbabit yang bersandiwara merakam video pergaduhan sekerat dan membuat laporan polis terhadap pembeli terbabit untuk melindungi perkara sebenar.

Menerusi perkembangan terkini, seorang individu telah ditahan pihak polis untuk siasatan kes tersebut. Memetik kenyataan dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, individu tersebut dikatakan telah memecahkan peralatan di premis berkenaan sehingga mengakibatkan kerugian mencecah RM70,000.

Malah, dia turut ditahan atas kesalahan mencederakan peniaga kedai berkenaan.

Ini bukan pertama kali kes pembeli terbeli telefon bimbit tak berkualiti dari sana, cuma mungkin kali ini mangsa tersilap langkah sebab terlalu ikutkan perasaan ketika bertindak.

Cubalah dengar juga luahan pembeli teraniaya yang sekian lama didengar berlaku membabitkan peniaga di Low Yat, tu belum cerita betapa ‘gangster’ peniaga kat sana, betul tak?

BACA INI JUGA: Isu Rasis, Bila Cina Hina Melayu Kenapa Diam?



Sumber: Sinarharian/Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon