Friday, July 03, 2015

Kerja Sejam Di UK Dapat Makan Macam-Macam, Di Malaysia?


Satu posting Facebook yang bertujuan untuk membandingkan antara kos sara hidup di UK dan Malaysia menjadi viral di media sosial.

Ryshernz Rayn

Posting terbabit, yang ditulis oleh pengguna Facebook Ryshernz Rayn.

Rysherz membandingkan harga yang dibayar jika seseorang bekerja part time dan beberapa harga makanan yang mampu dibeli dengan harga lebih kurang RM27 antara UK dan Malaysia.
Ini gambar tahun lepas. Dengan 5 pound (lebih kurang RM27), saya boleh dapat pisang sesikat, sekotak anggur hitam tanpa biji, 10 biji epal, sebiji ice lettuce dan 5 paket coklat Kinder Bueno kegemaran saya.

Lima pound adalah bayaran satu jam bekerja part time.

Di Malaysia, satu paket Kinder Bueno tu dah RM4. 4x5 dah RM20. Anggur RM10, pisang RM5, epal RM5, lettuce RM4. Total RM44 lebih kurang. Dan bayaran bekerja part time : satu jam = RM4 sahaja.

Bagaimanalah untuk saya tidak membenci negara saya sendiri. Tolonglah beritahu kepada saya bagaimana????

Speechless!
Selain dari itu Rysherz Rayn turut menambah beberapa gambar di komen yang menunjukkan betapa murahnya harga makanan di UK.

Ryshernz Rayn [2]
Ryshernz Rayn [3]

Menurut Rysherz dengan hanya bekerja selama sejam di UK sudah dapat membeli Nutella dan juga roti.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Negara Yang Pengemisnya Kaya-raya?

Sumber: Siakapkeli

3 comments

  1. Memang jauh berbeza..namun tetap bersyukur menjadi rakyat malaysia.. :)

    ReplyDelete
  2. Syukurlah..... Malaysia masih aman

    ReplyDelete
  3. belajar bersyukur. kita hidup kat Malaysia.

    bukan kat UK.

    Perbezaan tempat lainlah harimau dan jerungnya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon