Monday, July 13, 2015

Kerajaan Sekat Laman Sosial Bermula 1 Ogos?


Beberapa hari lalu, netizen kecoh dengan isu kononnya kerajaan akan menyekat akses terhadap laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

social_media

Tindakan yang didakwa akan dilaksanakan bermula 1 Ogos depan itu kononnya bakal dilaksanakan demi mengelak sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang sengaja mencetuskan fitnah, spekulasi dan andaian masyarakat awam walaupun fakta tidak sahih.

Namun ternyata isu berkenaan terbukti hanyalah khabar angin apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabey Cheek menafikannya.

Beliau turut menyifatkan tindakan individu yang menyebarkan fitnah terbabit sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap negara.

“Itu tidak benar sama sekali. Saya percaya ada pihak cuba kaut keuntungan dengan sebarkan berita-berita sensasi sebegini yang kononnya kerajaan akan menutup laman-laman media sosial negara ini,” ujar beliau memetik sumber dari portal BNBBC.

Selain itu, beliau berkata isu berkenaan penutupan laman sosial di Malaysia pernah dikaji sebelum ini namun ia tidak sesuai dilakukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dan rakyat bebas menyatakan pandangan mereka.

“Jangan bimbang bahawa Facebook, Twitter dan laman-laman sosial yang lain takkan ditutup. Jangan percaya dengan sebaran itu sama sekali.”

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Kejayaan Laman Sosial Instagram

Sumber: Sinarharian.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon