Jul 15, 2015

Ahli Politik Punca Insiden Low Yat

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri menyeru rakyat supaya bangkit menentang ahli-ahli politik yang suka membangkitkan isu perkauman dalam negara.

DrAsri

Beliau mendakwa, ahli-ahli politik adalah punca kepada rusuhan yang dilakukan sekumpulan 500 lelaki Melayu di sekitar Plaza Low Yat yang mencetuskan pergaduhan serius.

“Untuk masa depan Malaysia, ahli-ahli politik yang suka menjadikan isu kaum dan agama sebagai senjata membangkitkan kebencian antara rakyat hendaklah ditentang oleh kita semua,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Asri berkata, insiden perkauman yang berlaku di Plaza Low Yat tersebut adalah bibit-bibit kesan dari sentimen perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak sejak kebelakangan ini.

Rasis

Dakwanya, sentimen perkauman itu dibangkitkan atas kepentingan politik kepartian sejak pilihan raya umum yang lalu.

“Gendang yang sama turut dipalu oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Hasilnya api kebencian antara kaum mula semarak khususnya dalam jiwa anak-anak muda.

“Tangan-tangan siapakah gerangan’ yang cuba membangkitkan permusuhan kaum dan juga satu pihak lagi mereka yang cuba memperlihatkan sentimen anti agama tertentu khususnya Islam, bertanggungjawab terhadap perasaan kebencian antara kaum dan agama yang sudah mula subur,” katanya. –Mynewshub.cc

BACA INI JUGA: Siapa Dalang Di Sebalik Tunjuk Perasaan Di Seluruh Dunia Islam?

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

ahli politik daripada DAP la yang suka sangat cetuskan isu perkauman.

Permainan DAP sangat merbahaya sebenarnya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon