Jul 15, 2015

4 Lokasi Bahaya Yang Tidak Digalakkan Untuk Dikunjungi Di Kuala Lumpur

Begitu hangat isu tentang kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat yang terletak di Bukit Bintang.

Plaza Low Yat

Lokasi yang sebelum ini menjadi tumpuan semua rakyat Malaysia apabila bercadang untuk membeli gadget seperti telefon atau pun komputer.

Disini memang semua pekara itu ada di jual dan teknologi terkini. Malah boleh dapat harga yang murah dan juga tawaran menarik.

Tapi selepas kes pergaduhan yang berlaku akibat peniaga yang dikatakan menipu dengan menjual peralatan tidak original kepada pengguna, ia telah menimbulkan kemarahan kepada pengguna dan berlakulah pergaduhan di situ.

Dan sememangnya kejadian seperti ini mendapat perhatian ramai pengguna lain kerana sudah ramai pengguna yang selalu di tipu di situ.

Jadi daripada kes ini ia menjadi lokasi panas dan tidak di galakan untuk di kunjungi oleh semua orang tak kira bangsa atau pelancong asing sekiranya anda mahu membeli gadget baru. Banyak lagi lokasi yang ada di sekitar KL.

Lokasi-lokasi lain yang tidak di galakkan untuk di kunjungi di Kuala Lumpur.

Petaling Street

Di sini juga adalah lokasi panas dan dikatakan bahawa peniaga agak agresif dan bersikap ganas kepada pengguna. Ada pengalaman pengguna bukan sahaja di tipu tapi di marahi oleh peniaga sekiranya telah menawar harga tapi tidak jadi membeli.

Jadi berhati-hati kalau nak membeli barang. Banyak lagi kawasan yang lebih murah dan sama sahaja kualiti sebab disitu pun banyak barang tiruan.

Tidak di galakan pada semua orang tak kira bangsa mahupun pelancong luar untuk keselamatan.

Pudu Sentral

Kawasan yang memang selalu jadi tumpuan orang ramai untuk menaiki bas ke lokasi luar Kuala Lumpur. Tapi bagi yang datang setakat untuk jalan-jalan di sana adalah tidak di galakan kerana disana bukan sahaja banyak ulat tiket tapi ramai penjenayah.

Paling baru gempar tentang seorang kanak-kanak yang di culik di sana dan di bawa lari kemudian di bunuh di tepi sungai Klang.

Apa pun pada yang datang nak beli tiket nak balik kampung perlu berhati-hati. Tidak di galakan pada semua orang tak kira bangsa mahupun pelancong luar untuk keselamatan.

Kampung Baru

Kawasan yang memang cukup popular sekarang bukan sahaja orang Malaysia malah juga pelancong luar negara. Kalau datang Malaysia mesti nak singgah ke Kampung Baru yang berada di tengah-tengah kota metropolitan ini.

Kawasan ini menjadi rebutan bukan sahaja kepada pengusaha untuk mendapatkan tanah tapi juga kawasan panas dengan kumpulan gengster.

Apa pun datang boleh tapi kenalah hati-hati. Jangan pergi sebarangan lorong di sana sendirian. Tidak di galakan pada semua orang tak kira bangsa mahupun pelancong luar untuk keselamatan.

BACA INI JUGA: Panas! Luahan Terbuka Mantan Ketua Gengster 08 Buat Menteri Dalam Negeri!

Sumber: mahagosip

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

sebagai penduduk dan orang yang membesar di Kampung Baru, sentap juga la baca berita ni. Hahaha.

Pada saya Kampung Baru tak ada la bahaya sangat kalau nak dibandingkan dengan Petaling Street. Cuma Kampung Baru jangan dikunjungi lebih daripada pukul 12 tengah malam. memang masa tu memang banyak orang jahat tapi tu dulu. sekarang masih ada cuma tak ramai la.

Kalau nak jalan ke Kg Baru boleh la kontek Tuan Haziq ni kan..hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon