Tuesday, June 09, 2015

Telekung Mempunyai Corak Berbentuk Salib!


Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli "telekung yang mempunyai corak berbentuk salib".

TELEKUNG ADA SALIB

Telekung yang dipercayai mula dipasarkan di negara ini ketika umat Islam bakal mengerjakan ibadah puasa tidak lama lagi, dikhuatiri merupakan taktik jahat yang digunakan oleh pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam.

Janganlah kita terlalu ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah.

Peniaga pula sepatutnya meneliti rekaan telekung yang dijual supaya tidak mengundang kegusaran dikalangan umat Islam negara ini.

Telekung yang mempunyai corak sulaman berbentuk salib di bahagian depan dari paras dagu hingga ke bawah telekung dipercayai dihasilkan di negara jiran kini menjadi viral di laman media sosial.

BACA INI JUGA: Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

Sumber: Bernama

4 comments

  1. Telengkung nie dah jadi viral dah....
    Syukur cik akak tak beli telengkung jenis sulaman macam nie..huhu

    ReplyDelete
  2. aduiyaii..nasib baik sy xminat telekung jenis cenggini...suka telekung mcm yg dulu2 jer....

    ReplyDelete
  3. Eek..nengoknye pun xdela lawa benau..sapa yg bli mmg xde taste..hahaha..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon