Thursday, June 04, 2015

Polis Bantuan Merokok Di Zon Larangan Merokok Tersebar


Rakaman gambar dua anggota polis bantuan merokok di zon larangan merokok telah tersebar di laman sosial.

Polis Bantuan Merokok Di Zon Larangan

Gambar terebut yang asalnya dimuat naik oleh sebuah page komuniti di Facebook telah mendapat 2700 ribu perkongsian sehingga ke hari ini.

Rata-rata netizen memberi kritikan dan tidak kurang juga teguran ‘pedas’ terhadap anggota polis bantuan terbabit.

“Dia orang memang tak mahu ikut peraturan/undang-undang. Tetapi kita rakyat biasa diwajibkan pula ikut peraturan.

"Kalau tidak, kena saman,” kata seorang pengguna Facebook yang jelas sekali berang dengan tindakan dua anggota berkenaan.

Meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati, tampil segelintir individu yang menyelar ‘keyboard warrior’ tersebut agar jangan bersikap hipokrit.

“Jangan jadi hipokrit dan menunding jari terhadap orang lain. Polis juga adalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan.

"Mungkin anda semua juga pernah merokok di tempat larangan sama ada dalam sedar ataupun tidak,” katanya individu berkenaan.

Sewajarnya, mana-mana pegawai beruniform haruslah memberikan contoh dan teladan yang baik kepada orang awam.

Jangan kerana tindakan seperti ini, habis imej polis bantuan dan PDRM turut tercalar.

Sudahlah masyarakat kita suka mencari kesalahan orang, nanti makin teruk pula jadinya

BACA INI JUGA: Batu Pelik Yang Merokok Seperti Manusia

Sumber: Mynewshub.cc

3 comments

  1. Oh tak nampak sign board tu mungkin..hahaha...
    Ada2 je kan....

    ReplyDelete
  2. Inilah antara yg buat org cakap 'polis raja di malaysia' hhmmm...

    ReplyDelete
  3. tak tau nak cakap apa, kekdg org biasa pun buat gitu padahal signboard depan mata, malahan tidak perihatin, saya kalau makan kedai mamak mmg byk org camni, kekadang saya saja kibas2kan tangan depan hidung buat mereka nampak tapi cam biasa buat tak tau aje.. lagi2 perkara ni jadi masa sya pregnant.... kekdg angin betul ..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon