Monday, June 08, 2015

Penjawat Awam Ditahan Status Facebook Hina Gempa Sabah


Gara-gara menulis status menghina di laman Facebooknya, seorang lelaki berusia 22 tahun dilapor telah ditahan pihak polis.

Penjawat Awam Ditahan Status Facebook Hina Gempa Sabah

Lelaki yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam itu menulis status seakan mengejek tanpa mengambil kira sensitiviti mengenai kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pada awal pagi Jumaat lalu.

Menulis, “Kena gempa bumi baru nak kecoh..Standard la negeri penuh sociality..pub..night club terbanyak di Malaysia..Nak goyang sangat kan. Tuhan dah bagi goyang tu, kenapa takut pula??”

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Assisten Komisioner, M. Chandra, lelaki tersebut ditahan selepas satu laporan polis dibuat mengenai status yang dikeluarkan oleh lelaki itu.

“Kami merampas sebuah telefon bimbit dan dua sim kad daripada suspek dan telah merekod kenyataan daripadanya,” katanya.

Menurut Chandra lagi, pihaknya akan membawa kes itu kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, penghinaan ini mendapat reaksi negatif daripada pengguna Facebook.

Penjawat Awam Ditahan Status Facebook Hina Gempa Sabah [3]

Dan mengikut status terbaru, lelaki ini telah pun memohon maaf diatas keterlanjurannya.

Antara kata-kata maaf darinya, "Kesilapan sy amat dikesali,,tapi honestly, sy cuma copy paste dari wechat org..maaf atas kata2 sebegitu sy memohon jutaan kemaafan khususnya rakyat sabah.. Saya harap kesilapan sebegini xdiulangi lago oleh sy dan sesiapa juga..sekali lagi saya menyusun sepuluh jari meminta maaf."

Penjawat Awam Ditahan Status Facebook Hina Gempa Sabah [2]

Apa sekalipun, dia telah memohon maaf dan semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi.

Sebagai warga 1Malaysia yang mendambakan hidup aman dan harmoni, kita sewajarnya berfikir lebih matang sebelum meluahkan sebarang kata-kata di laman sosial.

Jangan sampai mengguris hati dan perasaan orang lain apatah lagi sampai menghina. Dan sekali lagi, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

BACA INI JUGA: Fenomena Luar Biasa Awan Berlubang

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon