Wednesday, June 10, 2015

Nabi Palsu Dakwa Bumi Kiamat Pada September!


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) mengeluarkan penafian selepas sebuah khabar angin yang tersebar secara meluas di dunia maya mengenai sebuah asteroid didakwa akan melanggar planet bumi pada bulan September tahun ini.

Asteroid
Gambar hiasan.

"Tiada sebarang komet atau asteroid yang berada dalam laluan pelanggaran (collision course) dengan bumi, jadi kemungkinan berlaku pelanggaran adalah sangat kecil," kata jurucakap Nasa.

"Faktanya, tiada sebarang objek akan berlanggar dengan bumi untuk masa beberapa ratus tahun akan datang," lapor Dailymail.

Khabar angin tersebut yang dikongsi secara meluas mengatakan satu asteroid akan menghempas bumi di Puerto Rico, mengakibatkan gempa bumi dan tsunami.

Kesan hempasan tersebut dikatakan akan menghancurkan Amerika Syarikat (AS), Mexico, Afrika Tengah dan Afrika Selatan.

Khabar angin tersebut dikatakan dimulakan oleh Rev Efrain Rodriguez yang mengatakan beliau seorang nabi dan mendapat khabar tersebut dari Tuhan.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Trompet Hari Kiamat!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon