Jun 19, 2015

Lanun Gagal Jual Minyak MT Orkim Harmony

Cubaan sekumpulan lanun menjual minyak petrol RON95 bernilai RM21 juta yang dibawa oleh MT Orkim Harmony selepas berjaya merampas kapal itu di Timur Laut Tanjung Sedili, Johor musnah apabila muatan petrol RON95 berjumlah hampir 6,000 tan metrik itu ditemui masih `selamat'.

MT Orkim Harmony

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Ma­ritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ahmad Puzi Ab.

Kahar berkata, perkara tersebut telah disahkan oleh pemilik kapal itu, Magna Meridian Sdn. Bhd berdasarkan foto kapal terkini yang dirakam oleh pesawat P-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia selepas berjaya mengesan kedudukan kapal itu.

Beliau berkata, berdasarkan kepada kepakaran syarikat berkenaan, selepas melakukan perban­dingan antara foto itu dengan foto sebelum ini jelas menunjukkan muatan petrol RON95 yang dibawa oleh kapal itu masih tidak terjejas.

“Antara kaedah untuk mengetahui sama ada muatan minyak petrol itu terjejas atau tidak adalah dengan melihat kedudukan antara kapal itu dengan laut.

"Berdasarkan foto yang dirakam oleh pesawat P-3C Orion, pemilik kapal itu mengesahkan kedudukan kapal berkenaan begitu rendah dengan laut.

“Itu menunjukkan kapal ber­kenaan masih dipenuhi dengan muatan.

"Sekiranya muatan petrol itu berjaya dipam keluar sudah tentu kedudukan kapal ini dengan laut lebih tinggi berbanding sekarang,” katanya.

Kapal tangki itu telah dilarikan selepas sindiket lanun di Laut China Selatan mengetahui kapal tersebut membawa muatan petrol RON95 bernilai RM21 juta.

Bagaimanapun Ahmad Puzi dalam laporan akhbar tersebut berkata, disebabkan bahan yang hendak dijual itu adalah petrol RON95 dan langkah mengeluarkan bahan api tersebut daripada tangki kapal memerlukan prosedur khas, berkemungkinan besar usaha mencari pembeli di sekitar kepulauan berhampiran perairan negara agak sukar.

Perampas Minta Dilepaskan, Syarat Bebas Kru Orkim Harmony

Perampas kapal tangki MT Orkim Harmony meminta supaya mereka dilepaskan sebagai syarat untuk mereka membebaskan kru kapal itu, kata Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid.

Beliau berkata, buat masa ini TLDM sedang berkomunikasi dengan mereka menggunakan frekuensi radio.

“Mereka tidak benarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan demi keselamatan kru kapal.

“Kami terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu untuk memastikan semua kru selamat dan tidak diapa-apakan.

Semua kru selamat. “Mereka dipercayai ingin merampas minyak RON95 dan dijual kepada sindiket tertentu,” katanya sambil menambah agensi lain yang terlibat adalah APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

UPDATE!
Kru Kapal Tangki Orkim Harmony Dibebaskan Pagi Tadi

Semua kru kapal tangki MT Orkim Harmony sudah dibebaskan kumpulan perampas jam 2.30 pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM).

Berikutan pembebasan itu, semua perampas meninggalkan kapal dan melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal MT Orkim Harmony manakala kapal itu diiring ke pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba jam 2 pagi esok, kata Panglima Tentera Laut seperti dilaporkan dalam Twitter Bernama.

Hanya seorang kru kapal MT Orkim Harmony alami cedera ringan. Kapal tangki itu bersama 22 kru terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, dilaporkan hilang Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal tangki itu dirampas oleh sekurang-kurangnya lapan lanun bersenjatakan pistol dan parang dipercayai warga Indonesia.

Lanun dikatakan mahu menjual 6,000 liter petrol yang dianggarkan bernilai RM21 juta dalam kapal itu kepada sindiket asing.

MT Orkim Harmony disahkan ditemui semalam oleh pihak berkuasa di perairan Kemboja, telah dicat semula dan ditukar nama kepada ‘Kim Harmon’.

BACA INI JUGA: 10 Tumpahan Minyak Paling Buruk Dalam Sejarah

Sumber: Utusan/BERNAMA/BHarian

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon