Jun 3, 2015

Keychain Tanda Salib Kolej Matrikulasi Untuk Pelajar Di Perlis?

Viral di laman sosial hari ini apabila penemuan tanda salib dalam keychain milik seorang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menimbulkan kekecohan orang ramai khususnya umat Islam.

Keychain Tanda Salib Kolej Matrikulasi Perlis [2]

Menerusi laman sosial, seorang pelajar di kolej tersebut telah memuat naik beberapa keping gambar mendakwa terdapat lambang salib pada tapak Keychain yang diberikan oleh pihak KMP khusus untuk pelajar yang mendaftar pada sesi kemasukan 2015/ 2016.

Tambahnya lagi, dia menyedari lambang salib berkenaan susulan keychain tersebut terjatuh dan menyebabkan logo KMP tertanggal sehingga menampakkan bentuk tanda salib di bahagian dalamnya.

Perkara tersebut menjadi trending di laman makro Twitter dan di Facebok apabila netizen menyebarkan maklumat berkaitan gambar keychain bersalib itu.

Bagi mendapatkan jawapan terhadap isu yang boleh mencentuskan provokasi agama ini, pihak KMP telah tampil dengan memberi penjelasan berkenaan isu lambang salib tersebut.

Menurut KMP, syarikat pembekal telah memaklumkan bahawa silang yang seakan lambang salib itu sebenarnya adalah berfungsi sebagai tapak untuk digamkan logo KMP.

Keychain Tanda Salib Kolej Matrikulasi Perlis

Pihak KMP mahupun pihak pembekal tiada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Bagaimanapun, semua keychain telah dipungut semula dan pembekal akan mengantikan dengan yang baru kepada pelajar.

Dilaporkan unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengambil langkah proaktif sejak Ahad 31 Mei 2015 untuk menarik semula keychain yang dibekalkan.

Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan berkaitan isu tersebut.

BACA INI JUGA: Asal Usul Lambang Fleur-de-lis

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

terlepas pandang barangkali..mujur ada yang perasan dan memberi teguran.Kalau ada buangkan sahaja.

lucu eer boleh jadi viral pula kes ni..sempitnya pemikiran melayu kita ni..apa2 bentuk t pun boleh dikatakan salib haha..toksah la korang main angry bird ngan coc kalau pikiran sempit..paham2 ajala game tu ada binatang apa..oppps

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon