Monday, June 29, 2015

Hati Ibu Mana Tak Sedih, Yaya Didera Sampai Patah Tulang


“Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan baharu menginjak ke usia lima tahun, tergamak dikasari sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk termasuk pinggul serta lebam-lebam di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu tirinya.

Yaya-dera

“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus kering sehingga menyebabkan saya sendiri tidak mengenalinya,” kata ibu kandung kepada anak malang itu.

Menurutnya, anak tunggalnya itu, dengan panggilan manjanya ‘Yaya’ diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.

“Kali terakhir, saya jumpa suami ketika bulan puasa tahun lalu dan selepas itu saya hanya hubunginya melalui telefon bertanyakan khabar anak.

“Walaupun saya tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan sah dengan bekas suami, namun saya sering ambil berat soal anak tunggal saya itu, dan tidak pernah mengabaikannya,” katanya kepada pemberita.

Kata ibu yang berusia 28 tahun itu, sebelum ini bekas suaminya juga tidak pernah membenarkan dia melawat anaknya di rumah lelak itu dan sering memberi alasan bimbang akan bergaduh dengan isteri barunya itu.

“Dia juga turut memberi pelbagai alasan lagi,’Yaya’ tidak mahu ke rumah saya lagipun menurutnya anak saya dijaga dalam keadaan baik dan saya tidak perlu bimbang mengenai keadaannya,” katanya.

Namun minggu lalu, dia menerima panggilan telefon daripada isteri bekas suaminya minggu lalu dan berkata tidak mahu menjaga anaknya itu dan mahu menyerahkan penjagaan kepadanya.

“Saya tanpa banyak soal terus bersetuju dan ambil anak saya pada malam 24 Julai lalu lebih kurang 1 pagi di belakang Pasar raya Pantai Timur Rantau Panjang melalui orang tengah dan tidak langsung bertemu dengan bekas suami malah isterinya.

“Selepas mengambil anak saya itu, saya lihat keadaan anak saya itu lemah dan turut melihat badannya dipenuhi parut dan saya mula syaki ‘Yaya’ didera setelah memeriksa lebam-lebam di badannya itu dan buat laporan polis keesokannya di Balai Polis Pasir Mas,” katanya.

Menurutnya, keadaan anaknya setakat ini masih lemah, namun stabil serta belum dapat menceritakan apa-apa akibat trauma dengan kejadian terbabit dan menurut doktor, kesan patah bahagian tulang badan anaknya itu menyebabkan tulangnya bengkok dan mungkin memberi kesan kepada kanak-kanak itu.

“Apa pun hanya satu yang ‘Yaya’ mampu ungkapkan, dia tidak mahu bekas suami yang dipanggil ‘Papa’ dan ibu tirinya itu melawatnya, dan dia tidak mahu langsung mendengar nama kedua mereka.

“Harapan saya juga sebagai ibu dan demi menuntut keadilan terhadap anak saya ini, agar pelaku ini dikenakan tindakan setimpal dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu di Rantau Panjang, pihak polis cuba mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan ini di Taman Rantau Mas.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, usaha mengesan bapa kandung yang bekerja sebagai peniaga dan ibu tiri mangsa dijalankan dengan segera.

Menurutnya, kanak-kanak malang itu dipercayai berada di bawah jagaan bapa kandung dan ibu tiri, selepas suspek berpisah dengan bekas isterinya pada 2013 lalu.

Beliau berkata, bekas isteri suspek mendakwa, isteri baharu suaminya itu menghubunginya kerana enggan menjaga anak mereka dan mahu menyerahkan hak penjagaan kepadanya.

“Selepas mengambil mangsa, pengadu mendapati tubuh badan anaknya kurus dan lemah, malah badan anaknya dipenuhi parut dipercayai didera.

“Bekas isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang dan bagi mendapatkan kepastian, pengadu membawa anaknya ke Hospital Golok kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, keesokan harinya.

“Kanak-kanak berada dalam keadaan stabil namun enggan bercerita mengenai peristiwa yang berlaku kerana masih dalam keadaan trauma,” katanya.

Kes ini katanya, disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Bapa, Ibu Tiri “Yaya” Ditahan

Bapa, Ibu Tiri “Yaya” Ditahan

Susulan kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ini, sepasang suami isteri yang didakwa melakukan perbuatan kejam itu ditahan reman selama empat hari.

Bapa kandung dan ibu tiri kepada kanak-kanak tersebut yang masing-masing berusia 39 tahun dan 25 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa di hadapan restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu, kira-kira 9 malam semalam.

Kes tersebut mengejutkan banyak pihak setelah seorang budak didapati mengalami trauma fizikal yang teruk kerana didera sejak beberapa bulan lalu.

Melalui pemeriksaan pihak hospital, kanak-kanak malang dipanggil ‘Yaya’ itu patah 13 tulang, termasuk 10 tulang rusuk.

Sebaik sahaja kes ini sampai ke pengetahuan umum, ruangan media sosial, wajah didakwa ibu tiri mangsa bersama bapanya yang disyaki melakukan perbuatan tersebut tersebar.

Wajah Ibu Tiri Durjana?

Wajah Ibu Tiri Durjana

Melalui laman Facebook Sheila Khan, wanita tersebut memuat naik lima keping foto beserta kapsyen mendakwa wanita tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap derita yang ditanggung kanak-kanak dikenali sebagai ‘Yaya’.

BACA INI JUGA: 5 Ibu Mertua Paling Menakutkan Di Dunia

Sumber: Sinarharian.com.my

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon