Friday, June 05, 2015

Gempa Bumi 6.0 skala Richter Di Kundasang, Ranau


Gempar seluruh Sabah pagi ini apabila gempa bumi yang berpusat di Kundasang, menggegar tanah dan bangunan yang boleh dirasai diseluruh Sabah.

Gempa+Bumi+Kundasang+Sabah [2]
Lantai rumah retak di Kundasang.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Whatsapp, beberapa buah rumah telah mengalami kerosakan retak pada dinding dan lantai. Malah, pintu cermin sebuah bank di Ranau juga dilaporkan pecah kerana kekuatan gegaran.

Gempa+Bumi+Kundasang+Sabah [3]

Menurut laporan, gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pada pukul 7.15 pagi, yang berpusat 10.0km dari Barat Laut Ranau pada kedudukan 6.084°N 116.549°E.

Skala Richter

Skala Richter merupakan ukuran skala kekuatan gempa bumi yang dicipta oleh Charles Richter untuk mengukur kekuatan gempa bumi.
  • Skala 0 - Gempa tidak dirasai.
  • Skala 2 - Terasa oleh beberapa orang terutamanya yang berada di dalam bangunan yang tinggi.
  • Skala 3 - Terasa di dalam rumah oleh beberapa orang saja.
  • Skala 4 - Dirasakan oleh ramai orang.
  • Skala 5 - Boleh dirasakan diluar rumah.
  • Skala 6 - Dirasai oleh semua orang, buku-buku yang ada di rak jatuh.
  • Skala 7 - Bangunan yang tidak kuat akan runtuh, orang tidak dapat berjalan atau berdiri.
  • Skala 8 - Bangunan yang tidak kuat mengalami kerosakan, runtuh.
  • Skala 9 - Bangunan yang tidak kuat mengalami kerosakan teruk.
  • Skala 10 - Berlaku kerosakan yang sangat dahsyat


BACA INI JUGA: Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon