Tuesday, June 09, 2015

Gambar Seribu Makna Wira Gunung Kinabalu


Gambar seorang malim gunung berbaju hijau sambil mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang cedera benar-benar menjadi sumber inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.

Gambar Seribu Makna Wira Gunung Kinabalu

Foto yang sudah tersebar di media sosial ini akan dijual untuk tujuan kebajikan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah.

Sementara itu, malim gunung terbabit, Mhd Rizuan Kauhinin, 25, yang pada mulanya enggan ditemuramah media menyatakan dia tidak menyedari gambarnya telah dirakam dan tersebar di laman-laman sosial.

Memetik laporan sebuah portal, Rizuan berkata, “Saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Saya bukan orang terkenal. Apa yang saya lakukan ikhlas dan bukan untuk popular. Saya benar-benar ingin membantu. Apa yang penting ketika itu ialah membawa budak itu ke tempat selamat.”

Itu antara komennya apabila ramai pihak memberikan pandangan bahawa dia merupakan di antara wira-wira sebenar yang telah membantu mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda awal pagi Jumaat lalu.

Menurut Rizuan lagi, dia dan rakan-rakannya menemui kanak-kanak lelaki yang dalam kesakitan berhampiran Villosa Shelter.

Dia dan rakan-rakan nekad menyelamatkan kanak-kanak itu yang cedera di belakang badan.

“Saya dukung dia di belakang untuk turun. Dia sering meraung kesakitan kerana tidak tahan sakit. Kami terpaksa berhenti banyak kali, namun saya cuba sedaya upaya untuk bawa dia secepat mungkin ke Kabin Layang-Layang.

“Di sana lebih banyak penyelamat yang menunggu dan memberi bantuan selanjutnya,” katanya.

Sememangnya jasa dan pengorbanan malim gunung tersangatlah besar dalam kejadian gempa bumi yang berlaku ini, mereka sentiasa mendahulukan keselamatan para pendaki melebihi diri mereka sendiri bak kata Rizuan, “sebaik mereka memasuki kawasan taman, ia adalah di bawah tanggungjawab kami untuk memberi bantuan.”

Salut!

BACA INI JUGA: Robbi Sapinggi, Wira Gunung Kinabalu Yang Terkorban

sumber: mstar

3 comments

  1. terharu tgk usaha dia membantu sebaik mungkin...klau kita ditempat dia belum tentu kita boleh buat mcm tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang keberanian mereka sangat kita kagumi. Dikala anggota keselamatan pun tak berani bertindak mereka muncul sbg penyelamat.

      Delete
  2. musibah yang melanda negeri tercinta ini membolehkan saya mengenali dan mengetahui kewujudan dan peranan sebenar Malim Gunung ni...sesungguhnya mereka adalah wira Sabah yang sejati...salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terkorban...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon